Jul 25th, 2010 by Takaful
Sumber: Utusan Malaysia, 25hb Julai 2010
Orang ramai disarankan mengambil skim perlindungan khas insurans memandangkan ia mampu mengurangkan beban sekiranya berlaku kecemasan seperti kematian.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insurans seperti Takaful dilihat penting dalam membantu keluarga terutamanya berpendapatan rendah kerana skim berkenaan bukanlah bermotif keuntungan sebaliknya lebih berbentuk kepada bantuan.
Malah katanya, ia juga dapat membantu keluarga berkenaan menikmati manfaat termasuklah perbelanjaan dalam menguruskan kematian ahli keluarga.
Teruskan Membaca
Topik: Takaful Ikhlas, Takaful keluarga, Utusan Malaysia | Comments Off
Jul 16th, 2010 by Takaful
Sumber: Utusan Malaysia, 16hb Julai 2010
Seorang guru besar terharu apabila menerima pampasan sebanyak RM24,000 daripada Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad (KPPMPTB) berikutan kematian suaminya beberapa bulan lalu.
Maznah Zainun Mahmud, 55, menerima cek tersebut daripada Pengerusi KPPMPTB, Ismail Nihat pada satu majlis di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah di Indera Mahkota di sini semalam.
Hadir sama, Pengurus Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) Cawangan Kuantan, Ahmad Kamal Amin.
Teruskan Membaca
Topik: Takaful Ikhlas, Takaful keluarga, Utusan Malaysia | Comments Off
Sumber: Berita Harian, 1hb Julai 2010
Semua syarikat takaful dan insurans kenderaan bermotor tempatan telah menyepadukan sistem mereka dengan sistem ISM No Claim Discount yang dikendalikan ISM Insurance Services Malaysia Bhd.
Penyepaduan itu menjadikan sistem ISM No Claim Discount sebagai pusat rujukan setempat bagi kadar Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) yang layak bagi seseorang pelanggan insurans kenderaan bermotor.
ISM Insurance Services dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam berkata, ia juga akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan kawalan bagi syarikat insurans dan takaful dalam perniagaan insurans kenderaan bermotor di negara ini yang bernilai RM6 bilion.
Teruskan Membaca
Topik: Berita Harian, Takaful am | Comments Off