Imej web Blog Takaful di dalam majalah Dewan Kosmik
Sep 10th, 2007 by Takaful
Seluruh warga Blog Takaful ingin mengucapkan setinggi perhargaan kepada editor dan penerbit majalah DEWAN KOSMIK kerana telah menggunakan imej web Blog Takaful bagi menghiasi artikel majalah tersebut yang bertajuk “Gelombang Fenomena Blog”. Artikel tersebut disiarkan di mukasurat 52 dan 53 keluaran September 2007 majalah tersebut.
Klik di sini untuk melihat imbasan artikel tersebut
Untuk pengetahuan semua, Dewan Kosmik adalah salah satu majalah bulanan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selain Dewan Kosmik, DBP juga menerbitkan majalah Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa. Untuk keterangan lanjut mengenai langgan majalah-majalah ini, sila hubungi Unit Khidmat Pelanggan Dawama Sdn Bhd di support [at] dawama.com atau layari laman web Dawama.