Artikel sedang dibaca pengunjung
  Fitch affirms HSBCAT's 'A-' IFS rating
  PruBSN opens Shah Alam hub to support growing
  Takaful Ikhlas expects RM6m from medical plan
  Takaful IKHLAS launches Group Scheme for Immi

Topik Pilihan
  PruBSN Takaful
  Harian Metro
  IBFIM
  Takaful keluarga

Search Results for 'antarabangsa'

Etiqa Takaful diiktiraf dunia

Sumber: Harian Metro, 18hb Julai 2008

Etiqa Takaful Berhad dipilih sebagai pemenang kategori pemasaran takaful terbaik dalam Anugerah Takaful Antarabangsa 2008 sempena Sidang Takaful Antarabangsa di London, baru-baru ini.

Anugerah yang mempertanding 11 kategori itu disampaikan Ketua Forum Muslim Konservatif, Mohamed Iltaf Sheikh.

Etiqa Takaful diiktiraf kerana pendekatan pemasarannya yang inovatif serta paling menyerlah dalam kategori pemasaran terbaik.

Calon lain dalam kategori sama ialah Salama (Islamic Arab Insurance Co) dari Emiriah Arab Bersatu dan SABB Takaful (Arab Saudi).

Teruskan Membaca

Pelan pelaburan myAl-Afdhal

Sumber: Harian Metro, 24hb April 2008

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) melancarkan pelan pelaburan berasaskan syariahnya yang terbaru dikenali dengan nama myAl-Afdhal yang memberi pulangan kepada pelabur setiap tahun bagi jangka masa lima tahun.

Produk terbaru itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2008 (MSAM 2008) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka, semalam.

Pelan pelaburan baru itu menyediakan pelabur dengan struktur pelaburan komprehensif lima tahun berkonsepkan syariah.

Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Muhamad Hassan Kamil, berkata struktur inovatif myAl-Afdhal dirangka untuk menyediakan 100 peratus perlindungan tabungan dan pulangan ditentukan berdasarkan perkembangan prestasi terbaik dua portfolio yang menggabungkan beberapa ekuiti global terpilih, komoditi dan pendapatan tetap.

Teruskan Membaca

Takaful sasar premium RM3 bilion

Sumber: Utusan Malaysia, 25 Januari 2008

KUALA LUMPUR: Industri takaful tempatan dijangka mengutip premium takaful sebanyak RM3 bilion pada tahun ini berbanding RM2.4 bilion yang dikutip tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia, (MTA) Mohd. Tarmidzi Ahmad Nordin berkata, peningkatan kutipan sebanyak RM600 juta itu disumbang oleh pertumbuhan jualan dalam pinjaman dan perlindungan perumahan, permotoran, pajak gadai, perubatan dan pendidikan.

”Jangkaan ini dibuat berdasarkan peningkatan dari RM1.26 bilion pada 2006 kepada RM2 bilion tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Kempen Kesedaran Kewangan Islam di sini, hari ini.

Teruskan Membaca

« Kembali - Lagi »

Blog
Maklumat lanjut
Ringkasan blog