• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  HLTM Takaful launches capital protection investmen
  Takaful IKHLAS wins Most Innovative Product award
  MATTA and firm offer Islamic insurance scheme for
  Bank Negara advice on how to avoid fraud

Topik Pilihan
  PruBSN Takaful
  Takaful Malaysia
  Maybank Takaful
  Usahawan takaful

PruBSN lancar pusat pemasaran, pentadbiran

Aug 8th, 2008 by 1takaful

Sumber: Berita Harian, 8hb Ogos 2008

Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) melancarkan pusat pemasaran dan pentadbiran pertama di negara ini di Wangsa Maju, Kuala Lumpur bagi meningkatkan perkhidmatan pelanggannya.

Ketua Eksekutifnya, Mohamad Salihuddin Ahmad, berkata pusat berkenaan akan menempatkan jabatan pemasaran, sokongan dan perkhidmatan pelanggan PruBSN untuk manfaat rakan niaga dan pelanggan syarikat itu.

Katanya, dua lagi pusat yang sama akan dibuka menjelang akhir tahun ini, masing-masing di Shah Alam dan Johor Bahru, dengan setiap pusat membabitkan pelaburan antara RM1 juta hingga RM2 juta.

Beliau berkata, pembukaan pusat berkenaan adalah langkah pertama PruBSN untuk mengembangkan perniagaan dalam usaha merealisasikan aspirasi untuk menjadi pembekal perkhidmatan patuh Syariah bertaraf dunia.

“Kami juga merancang membuka tiga lagi pusat pemasaran dan pentadbiran berkenaan tahun depan, khususnya Pulau Pinang dan pantai timur,” katanya selepas perasmian pusat pemasaran dan pentadbiran baru PruBSN di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Bank Simpanan Nasional, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Pengerusi Lembaga Pengarah PruBSN, Adinan Maning.

Mohamad Salihuddin berkata, sehingga kini PruBSN mencatatkan 180,000 pelanggan dan 9,800 ejennya di seluruh negara.

Katanya, ini menyumbang kepada pertumbuhan memberangsangkan dengan jumlah sumbangan terkumpul RM288 juta, melebihi sumbangan tahun pertama operasinya RM150 juta.

Beliau berkata, syarikat akan mengukuhkan kedudukannya dalam industri takaful berikutan rancangan pelancaran dua produk baru bulan ini dan pada November.

“Pencapaian memberangsangkan dan penguasaan 36 peratus bahagian pasaran ketika ini membolehkan PruBSN muncul sebagai peneraju pengendali takaful di Malaysia bagi sumbangan biasa perniagaan baru,” katanya.

PruBSN adalah syarikat takaful hasil usaha sama antara Prudential Plc dan Bank Simpanan Nasional.

Topik: Berita Harian, PruBSN Takaful |

7 Artikel Pilihan

  • MAA and AMMB to negotiate on MAA takaful stake
  • Takaful Malaysia spending RM15m on rebranding
  • EPF money for critical illness insurance
  • MATTA and firm offer Islamic insurance scheme for
  • AMMB to start family takaful business in June next
  • Takaful Ikhlas wins two Brandlaureate-SMEs Chapter
  • Takaful penetration to grow to 12% by 2012
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.