• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful players counting on non-bumiputra agents
  Distribution of surplus in takaful scheme allowed
  Cabinet to discuss mandatory insurance for maids
  Tune Money motor takaful plan

Topik Pilihan
  Usahawan takaful
  Takaful Malaysia
  Takaful semula
  Bancatakaful

Islam, ikhtiar dan program takaful

Apr 12th, 2007 by 1takaful

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, manusia tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada pelbagai bentuk kemungkinan terutamanya yang berbentuk musibah, malapetaka, kecelakaan, bencana dan sebagainya. Bencana dan musibah datang dengan tidak mengira sesiapa samada dia seorang pegawai tinggi atau buruh kasar. Samada dia bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. Samada dia seorang ahli perniagaan yang besar atau ahli perniagaan yang kecil. Lalu apabila manusia ditimpa musibah dan bencana yang boleh mendatangkan mudarat dan penderitaan, maka sudah tentu dia akan menanggung pelbagai beban dan kesulitan.

Dengan kemajuan teknologi yang serba moden dan canggih pada hari ini, maka setiap hari masyarakat semakin terdedah kepada bahaya samada bahaya itu dalam bentuk mengancam keselamatan nyawa ataupun dalam bentuk memusnahkan harta benda. Ertinya, semakin maju sesebuah negara, maka semakin tinggi peratusannya terdedah kepada bahaya.

Pepatah Melayu ada menyebut, “Malang tidak berbau, geruh tidak berbunyi”. Jesteru, setiap hari apabila kita menatap akhbar-akhbar kita sering terbaca musibah dan peristiwa buruk seperti kecelakaan jalanraya pemuda yang baru mendirikan rumahtangga, tragedi bapa mati lemas dan meninggalkan anak yang ramai, rumah kediaman hangus terbakar, harta benda dicuri serta pesakit-pesakit yang yang merayu derma dan simpati orang ramai kerana mengidap penyakit maut. Kemalangan dan tragedi ini antaranya bukan sahaja mengakibatkan penderitaan dan kesusahan kepada mangsa tetapi turut ditanggung oleh ahli keluarga dan warisnya. Apatah lagi seandainya kemalangan dan tragedi tersebut turut meragut nyawa ketua keluarga seperti suami atau bapa mereka, maka anak-anak dan isteri mereka akan mengalami penderitaan akibat kehilangan punca pendapatan mereka selama ini.

Begitu juga perihalnya kemusnahan sesebuah kilang akibat daripada kebakaran atau tragedi letupan yang bukan sahaja boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa pekerja-pekerja malah turut menggugat peluang pekerjaan dan pada masa yang sama mengakibatkan kerugian besar kepada pemilik kilang berkenaan dan secara tidak langsung turut membawa kerugian kepada negara.

Jesteru, adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam untuk berikhtiar dan merancang untuk mengatasi musibah tersebut atau sekurang-kurangnya meringankan kesan daripadanya. Di antara ikhtiar tersebut adalah dengan menyertai program takaful keluarga dan takaful am mengikut keperluan dan kemampuan semasa.

Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata; Sesunggunya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali.

Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 155

Berbelanjakanlah hartamu pada jalan Allah dan janganlah kamu sengaja mendedahkan dirimu kepada kebinasaan. Dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 195

Topik: Takaful am, Takaful keluarga |

7 Artikel Pilihan

  • Takaful Ikhlas wins two Brandlaureate-SMEs Chapter
  • Takaful Malaysia aims to capture 33 pct share
  • Takaful IKHLAS launches Group Scheme for Immigrati
  • 97,000 senior citizens register for takaful covera
  • PruBSN plans to boost position in non-muslim takaf
  • Foreign institutions are welcome to explore takafu
  • Takaful Malaysia to up market share
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.