• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  HLTM Takaful introduces investment-linked takaful
  Takaful industry experiences strong growth
  Lowe & Partners Malaysia wins Mayban Fortis accoun
  Takaful Malaysia to up market share

Topik Pilihan
  Bank Negara Malaysia
  HLTM Takaful
  AmTakaful
  AIA Takaful

Panduan keselamatan: Hujan lebat dan banjir

Sep 20th, 2007 by 1takaful

Banjir merupakan fenomena biasa yang berlaku di Malaysia terutamanya pada musim tengkujuh. Walau bagaimanapun, pembangunan di kawasan bandar yang tidak dirancang dengan teliti boleh menyumbang kepada berlakunya ‘banjr kilat’ terutamanya semasa hujan lebat.

Banjir lazimnya berlaku pada musim tengkujuh, di antara bulan November hingga Mac. ‘Banjir kilat’ boleh berlaku pada bila-bila masa terutama sekali semasa hujan lebat Bencana banjir boleh menyebabkan kerugian besar dari segi kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Banjir juga boleh berlaku akibat empangan air yang pecah.

Persediaan menghadapi banjir

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan
  • Periksa dan bersihkan semua lubang air semada longkang atau saluran perparitan
  • Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan

Tindakan semasa banjir

Di dalam rumah

  • Dengar pengumuman dari radio dan televisyen
  • Simpan air bersih
  • Bawa masuk perabit dari luar rumah
  • Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
  • Ikut laluan yang ditentukan

Di luar rumah

  • Berpindah awal dan semasa hari siang, ianya lebih mudah dan selamat
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat
  • Jangan bersiar-siar di kawasan banjir
  • Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh
  • Jangan minum air yang tercemar
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
  • Awasi kanak-kanak

Tindakan selepas banjir

  • Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan
  • Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya
  • Jangan terus memasuki rumah. Periksa kerosakan dinding, lantai, siling, pintu dan tingkap.
  • Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan
  • Gunakan kyu untuk mengalihkan sebarang halangan di lantai rumah. Periksakehadiran binatang atau serangga berbisa dan berbahaya
  • Periksa paip saluran gas, wayar elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan mudah terbakar.
  • Periksa kerosakan tangki septik
  • Buang bahan-bahan makanan dan minuman yang terendam
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa

Jika kenderaan anda terperangkap di dalam banjir

  • Kurangkan kelajuan kenderaan anda ketika hujan
  • Nyalakan lampu kerana ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas
  • Pilih laluan yang lebih selamat
  • Jangan melalui jalan yang sedang dinaiki air
  • Jangan memandu di dalam keadaan hujan yang terlalu lebat
  • Berhenti di tempat yang selamat dan nyalakan lampu isyarat kecemasan (hazard light)
  • Ikut arahan pihak berkuasa
  • Jika enjin kenderaan anda mati di tengah banjir, keluar segera dan beredar ke kawasan yang lebih tinggi
  • Jangan cemas dan bersedialah untuk meninggalkan kenderaan anda
  • Segera tinggalkan kenderaan anda apabila keadaan bertambah buruk
  • Segera ke tempat yang tinggi dan dapatkan bantuan
  • Hubungi polis atau bomba untuk mendapatkan bantuan
  • Ingat, tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang yang disayangi

Topik: Takaful am |

7 Artikel Pilihan

  • Takaful Malaysia to up market share
  • Foreign institutions are welcome to explore takafu
  • AmHigh Takaful investment-linked plan
  • Takaful Ikhlas wins two Brandlaureate-SMEs Chapter
  • HLTM Takaful introduces investment-linked takaful
  • Cashless hospital admission for insured foreign wo
  • Takaful Malaysia to be privatised
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.