• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful Malaysia spending RM15m on rebranding
  AIA Malaysia gets international takaful licence
  Foreign players encouraged to form takaful tie-ups
  ING-Public Bank JV to show profits by 4th year

Topik Pilihan
  MTA
  AmTakaful
  Takaful Nasional
  Harian Metro

PEDA gesa boikot PIAM, galak guna takaful

May 20th, 2009 by 1takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 20hb Mei 2009

Persatuan Wakil Jualan Proton Edar (PEDA) meminta kesemua pengedar kereta baru dan terpakai serta ejen insurans memboikot ahli Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan menyokong penggunaan takaful (insurans Islam).

Pemangku Presidennya, Armin Baniaz Pahamin berkata, cadangan yang dikemukakan PIAM dan mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menghancurkan ekosistem industri automotif terutama rangkaian para pengedar kereta.

”Ini kerana komisen premium dan pembaharuan insurans kenderaan menyumbangkan lebih 20 peratus jumlah pendapatan bersih pengedar untuk satu kereta.

”Segmen insurans kenderaan penting bagi ekosistem automotif,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas cadangan PIAM mendapatkan rebat terus untuk insurans kenderaan diluluskan oleh BNM.

Cadangan PIAM bertujuan melindungi kepentingan syarikat insurans dalam usaha menguasai pasaran antara syarikat milik bank dan bukan milik bank.

Katanya, pengedar kenderaan bakal kehilangan lebih 20 peratus pendapatan berikutan pelaksanaan cadangan PIAM.

”Dengan evolusi berlaku dalam industri kenderaan di Malaysia dan sebagai mematuhi syarat Akta Sewa Beli Kenderaan 1967, pengedar kereta dan kereta terpakai telah menjadi ejen kepada penginsurans untuk menyediakan tambah nilai kepada pelanggan dan institusi kewangan.

”Premium yang disumbangkan oleh pengedar kenderaan adalah sekitar RM500,000 hingga RM1 juta setiap tahun.

”Premium ini akan memberikan subsidi untuk mengatasi peningkatan kos overhed serta menentukan kedudukan pulang modal untuk pengedar kereta terutama semasa krisis ekonomi,” katanya.

Cadangan PIAM telah menyebabkan pengedar kereta tidak lagi menerima komisen pembaharuan insurans seperti yang dinikmati sebelum ini.

Tambah Armin, dengan krisis ekonomi ini, cadangan itu akan memburukkan industri automotif dan tidak memberikan manfaat kepada syarikat insurans dan agensinya.

”Melangkaui agensi dengan rebat terus kepada pelanggan akan menyumbangkan kepada peningkatan kadar pengangguran dan melemahkan ekosistem automotif,” tambah beliau.

Topik: Takaful am, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • New team driving force for Takaful Malaysia
  • Re-takaful business yet to pick up in Malaysia
  • MAA sweetens offer to AmAssurance
  • Price of healthcare will be doubled
  • Takaful Ikhlas Optimistic To Surpass RM520 Mln In
  • Takaful for all
  • Takaful Ikhlas refutes talk of takeover by Etiqa
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.