• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  SMIs urged to consider insurance as protection of
  Prudential BSN Takaful introduces new medical plan
  Call to expedite implementation of National Health
  ING-Public Bank JV to show profits by 4th year

Topik Pilihan
  The Edge Daily
  Sinar Harian
  AIA Takaful
  Usahawan takaful

Perlindungan takaful kereta persendirian komprehensif

Jun 12th, 2007 by 1takaful

Skim takaful kereta persendirian melindungi peserta di atas kehilangan, kerosakan atau tanggungan yang dinyatakan di dalam sijil takaful kenderaan tersebut. Bagi perlindungan “komprehensif”, perlindungan yang disediakan ialah “kehilangan atau kerosakan ke atas kenderaan yang dilindungi” dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

  • Kenderaan tersebut rosak atau hilang berikutan daripada:
    • perlanggaran atau terbalik yang berlaku secara tidak disengajakan
    • perlanggaran atau terbalik yang berpunca daripada kerosakan mekanikal
    • perlanggaran atau terbalik yang berpunca daripada penggunaan biasa
    • kerosakan akibat kejatuhan objek yang tidak disebabkan oleh badai, taufan, banjir, ribut, ledakan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, tanah lunsur atau mendapan tanah atau bumi atau lain-lain malapetaka alam
    • kebakaran, letupan atau kilat
    • rompakan, pecah rumah atau kecurian
    • perbuatan berniat jahat
    • semasa dalam proses pemindahan melalui jalan raya, jalan keretapi, jalan air atau jalan laut (melalui selat di antara Pulau Pinang dan Semenanjung sahaja)

  • Asas penyelesaian:
  • Pengendali takaful melalui pilihan mereka akan samada membayar kos pembaikan kenderaan atau membayar secara tunai jumlah kehilangan atau kerosakan kenderaan atau memulih atau mengganti kenderaan tersebut.

  • Pengangkutan kenderaan yang rosak
  • Berikutan kerosakan yang dilindungi, pengendali takaful akan membayar sehingga RM200.00 sebagai kos penarikan untuk membawa kenderaan ke tempat pembaikan yang paling hampir atau ke alamat anda atau ke tempat yang selamat untuk tujuan penyimpanan.

  • Tanggungan kepada pihak ketiga
    • kematian atau kecederaan tubuh badan kepada mana-mana orang kecuali orang yang dinyatakan di dalam kekecualian
    • kerosakan harta benda berikutan kemalangan semasa penggunaan kenderaan tersebut

    Setiap manfaat yang dinyatakan adalah tertakluk kepada had, ekses dan kekecualian yang dinyatakan di dalam sijil takaful

    Topik: Takaful am |

    7 Artikel Pilihan

  • Takaful penetration to grow to 12% by 2012
  • Tune Money motor takaful plan
  • MAA and AMMB to negotiate on MAA takaful stake
  • AmIslamic Bank targets RM40m for maiden investment
  • Call to expedite implementation of National Health
  • Takaful Malaysia eyes new niche markets
  • Less industry risk in Malaysia's takaful market
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.