• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful Malaysia counts on new system
  Insurers must implement risk-based capital fr
  PruBSN plans to boost position in non-muslim
  Maybank confident of continuing as largest ta

Topik Pilihan
  The Star
  Takaful keluarga
  Harian Metro
  AIA Takaful

Skim takaful untuk ahli jawatankuasa Rukun Tetangga

Apr 29th, 2008 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 28hb April 2008

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah menawarkan skim takaful kemalangan berkumpulan untuk ahli jawatankuasa rukun tetangga (AJK RT) dan peserta Skim Rondaan Sukarela (SRS) seluruh Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, pihaknya telah menawarkan perlindungan bagi kemalangan diri dan kematian disebabkan kemalangan kepada lebih 93,775 orang AJK RT dan 11,605 peserta SRS di seluruh negara.

“Melalui skim ini peserta akan dilindungi selama 24 jam sehari tidak kira di mana mereka berada sama ada di dalam negara atau di luar negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Takaful Ikhlas kepada 15 SRS dan penyampaian hadiah peraduan mewarna kanak- kanak tabika perpaduan negeri Melaka pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2008 di sini semalam.

Takaful Ikhlas yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd. memulakan operasinya pada Julai 2003.

Sementara itu, Syed Moheeb yakin kutipan sumbangan premium daripada hasil penjualan produknya sempena MSAM 2008 dapat mengatasi jumlah kutipan yang diperolehi pada penganjuran tahun lepas iaitu kira-kira RM3.4 juta.

Tambah beliau, pihaknya menyasarkan jumlah sumbangan premium pada penganjuran MSAM kali ini akan melepasi RM4 juta berdasarkan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung setakat ini.

“Kita yakin jumlah kutipan premium akan meningkat pada penganjuran MSAM kali ini berbanding tahun lepas. Kita jangkakan kutipan premium akan meningkat melepasi RM4 juta,” jelasnya.

Beliau berkata, antara produk Takaful Ikhlas yang mendapat sambutan di sepanjang MSAM 2008 ialah produk Ikhlas Warga Tua Takaful.

Katanya, produk yang telah dilancarkan pada 2004 itu terbuka kepada warga emas yang berumur antara 50 tahun hingga 80 tahun dengan jumlah sumbangan sebanyak RM50 sebulan.

Topik: Takaful Ikhlas, Takaful am, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Takaful Ikhlas to focus on consolidation
  • MAA Takaful wins top product award
  • Takaful Malaysia to up market share
  • Takaful Ikhlas Optimistic To Surpass RM520 Ml
  • Takaful Ikhlas records impressive results fiv
  • HLTM Takaful launches capital protection inve
  • PruBSN to invest about RM7 million to establi
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.