Takaful Malaysia ‘menyamun’ melalui Takaful Motor?
Jan 14th, 2008 by Takaful
Sumber: Harakah Daily, 14hb Januari 2008
Sebagaimana termaklum, di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, setiap kenderaan diwajibkan mempunyai perlindungan insuran bagi melindungi para pengguna. Oleh itu setiap pemilik kenderaan berdaftar hendaklah mendapatkan polisi insuran kenderaan motor yang ditawarkan syarikat insuran yang sah sama ada insuran kenderaan motor kovensional atau berlandaskan syariat yang dinamakan Takaful.
Selaras dengan pendirian kerajaan bahawa Malaysia adalah negara Islam dan bagi memenuhi tututan masyarakat Islam dan prinsip kewangan Islam dalam perniagaan insuran, Bank Islam Malaysia menerusi anak syarikat Takaful Malaysia telah menawarkan Skim Insuran Motor Takaful dengan konsep Mudharabah.
Petikan daripada http://www.takaful-malaysia.com/
Al-Takaful is the pact among a group of people, called participants, reciprocally guaranteeing each other; whilst Al-Mudharabah is the commercial profit-sharing contract between the provider or providers of funds for a business venture and the entrepreneur who actually conducts the business. The operation of takaful may thus be envisaged as the profit-sharing business venture between the takaful operator and the individual members of a group of participants who desire to reciprocally guarantee each other against a certain loss or damage that may be inflicted upon any one of them”
Petikan daripada http://www.insuranceinfo.com.my/
If you take on a motor takaful policy, you will contribute a sum of money to a general takaful fund in the form of participative contribution (tabarru’) and undertake a contract (aqad). You will be entitled to a share of the surplus in the fund if you did not make any claims during the period of takaful.
Dengan konsep yang mematuhi syariat Islam dan memberi keuntungan bersama kepada pengguna dan syarikat, saya dengan penuh yakin mengambil polisi motor takaful daripada Takaful Malaysia dan menikmati pulangan mudharabah setiap tahun sejak 1999. Pulangan ini digunakan semula untuk pembayaran sumbangan untuk tahun berikutnya dan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan khasnya ke atas perbelanjaan kenderaan.
Pada 27/12/2005 saya telah memperharui polisi insuran Takaful Motor bagi tempoh setahun mulai 3/1/2006 sehingga 2/1/2007 dengan amaun pembaharuan yang dikenakan sebanyak RM443.37 dan menerima pulangan Mudharabah sebanyak RM196.61. Dengan mengambil kira Mudaharabah yang diberikan, saya hanya perlu membayar RM246.76 atau 55.66% daripada amaun pembaharuan sebenar.
Pada 26/12/2006 saya telah memperharui poilisi insuran Takaful Motor bagi tempoh setahun mulai 3/1/007 sehingga 2/1/2008 dengan amaun pembaharuan yang dikenakan sebanyak RM479.02 dan menerima pulangan Mudharabah sebanyak RM116.97. Dengan mengambil kira Mudharabah yang diberikan, saya hanya perlu membayar RM262.05 atau 55.01% daripada amaun pembaharuan sebenar.
Sepertimana tahun sebelumnya, dengan penuh keyakinan ke atas Takaful Malaysia anak Bank Islam, pada 17/12/2007 saya hadir di cawangan Takaful Malaysia Putrajaya untuk perharui polisi insuran Takaful Motor bagi tempoh setahun mulai 3/1/008 hingga 1/1/2009 dengan amaun pembaharuan yang dikenakan sebanyak RM314.67, TANPA SEBARANG PULANGAN MUDHARABAH
Takaful Malaysia tidak beri Mudharabah
Apa yang menyedihkan ialah pegawai takaful di cawangan tersebut sendiri memaklumkan bahawa ini adalah dasar baru pihak pengurusan Takaful Malaysia untuk TIDAK MEMBERI MUDHARABAH dan ini adalah sama dengan tindakan MENCURI hak perserta. Dengan penjelasan itu, saya dengan sedih, kecewa dan tertipu membayar kos pembaharuan dengan amaun penuh sebanyak RM314.67 tanpa tidak menikmati Mudaharabah seperti yang dijanjikan.
Dengan kenyataan ini, adalah jelas bahawa Takaful Malaysia ingkar kepada konsep asal skim takaful, ingkar kepada ‘aqad’ yang dimeterai, ingkar kepada syariat Islam dan ingkar kepada prinsip kewangan Islam dan lebih menjijikkan Takaful Malaysia, anak syarikat kepada Bank Islam seolah-olah telah ‘menyamun’ hak rakyat Malaysia.
Dengan tindakan ‘menyamun’ atau ‘mencuri’ ini, Takaful Malaysia akan mendapat keuntungan berganda, PENDAPATAN YANG HARAM dan melakukan penganiayaan dan pembohongan kepada rakyat. Apakah muslihat kepada tindakan ini? Ke manakah wang keuntungan dan hak rakyat tersebut akan disalurkan? Untuk kepentingan individu? Politik? Sumbangan pilihanraya umum?
Tindakan Takaful Malaysia ini amat memalukan, bukan saja kepada Muslim, tapi juga kepada masyarakat BUKAN MUSLIM, kepada negara yang dilaungkan sebagai negara Islam peneraju kepada Sistem Kewangan Islam dunia. Hal ini menyebabkan saya sendiri hilang kepercayaan dan keyakinan kepada sistem yang ada sekarang.
Saya yakin jika perkara ini berterusan, ramai lagi rakyat Malaysia khasnya Muslim akan teraniaya, hilang keyakinan kepada pemerintah, kesan ini mungkin dapat dilihat dalam pilihan raya umum akan datang. Diharap, kerajaan atau mana-mana pihak dapat meneliti perkara ini dan hentikanlah tindakan ‘mencuri’ dan ‘menyamun’ ke atas rakyat sendiri.
Daripada: ib_yusof