• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Maybank launches two-year takaful plan
  Re-takaful business yet to pick up in Malaysia
  Takaful Malaysia acquires new IT system
  Takaful Malaysia spending RM15m on rebranding

Topik Pilihan
  Takaful Nasional
  ING Takaful
  AmTakaful
  CIMB Aviva Takaful

Tuntutan palsu insurans dijangka meningkat

Jan 12th, 2009 by 1takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 12hb Januari 2009

Tuntutan palsu insurans dijangka meningkat berikutan berlakunya kegawatan ekonomi semasa, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn. Bhd., Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.

Jangkaan itu menyebabkan pengendali insurans dan takaful kini lebih berhati-hati dalam memproses setiap tuntutan yang dikemukakan, kata beliau.

”Memang dahulu sewaktu berlaku kegawatan yang pertama pada tahun 1986, tuntutan bagi kemalangan persendirian meningkat. Kedai-kedai yang bermasalah daripada segi jualan, didapati membuat tuntutan pelbagai kes seperti kebakaran dan juga kecurian”.

”Selain itu, bagi mereka atau keluarga yang perubatannya ditanggung oleh syarikat, akan mula sakit lebih kerap. Kita jangkakan keadaan akan berulang kembali seperti krisis-krisis kegawatan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.

Syed Moheeb berkata, tindakan yang lebih teliti dalam memproses setiap permohonan tuntutan pula akan memberi kesan terhadap tahap perkhidmatan. .

Katanya, kalau sebelum ini syarikat insurans dan takaful turut melakukan pemeriksaan mengejut, kini ketelitian memproses akan dipertingkatkan bagi memastikan setiap tuntutan adalah benar-benar sahih.

Syed Moheeb menafikan bahawa tindakan seumpama itu adalah cubaan syarikat insurans dan takaful mengelak daripada membayar tuntutan yang dikemukakan.

Beliau menambah, pihaknya bersedia membayar tuntutan berkenaan selagi permohonan yang benar-benar tulen.

Katanya, pihak yang tidak berpuashati boleh mengadu kepada Bank Negara Malaysia (BNM) kerana setiap syarikat insurans dan takaful terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh BNM iaitu Garis Panduan Insurans 14 yang melindungi hak pemegang polisi.

Syed Moheeb berkata, tindakan yang lebih teliti juga bertujuan mengawal kos operasi.

Beliau menambah, syarikat insurans dan takaful mula merasai impak krisis semasa kewangan dunia yang mengakibatkan pertumbuhan ekonomi tidak menggalakkan, sejak empat bulan lalu.

Katanya, terdapat beberapa syarikat insurans dan takaful tempatan yang mula membekukan pengambilan kakitangan baru sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.

Topik: Takaful am, Takaful keluarga, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Takaful Malaysia profit falls to RM21.2m
  • Prudential BSN Takaful introduces new medical plan
  • ISM to hold inaugural Insurance & Takaful Fraud Co
  • 97,000 senior citizens register for takaful covera
  • Cashless hospital admission for insured foreign wo
  • Local and foreign players invited to apply for ret
  • Global takaful contributions to hit US$7 bln in 20
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.