• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2009

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  PruBSN to invest about RM7 million to establi
  Maybank confident of continuing as largest ta
  Takaful Ikhlas gives out RM10,000 in aid to K
  Takaful Malaysia spending RM15m on rebranding

Topik Pilihan
  Utusan Malaysia
  Maybank Takaful
  Berita Harian
  Takaful Malaysia

MNBR bincang jual kepentingan Takaful Ikhlas

Nov 27th, 2009 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 27hb November 2009

MNRB Holdings Bhd. (MNRB) telah berbincang dengan beberapa pihak yang berminat untuk membeli pegangan dalam anak syarikatnya Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dalam usaha pengembangan perniagaan di luar negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB, Anuar Mohd. Hasan berkata, perbincangan telah berlaku tetapi tiada sebarang keputusan kukuh yang telah dicapai.

”Setakat ini beberapa pihak telah bertanya kepada kami tetapi tiada sebarang keputusan muktamad telah dibuat. Sebarang keputusan yang akan dibuat perlu mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai laporan berita berkaitan cadangan tersebut pada taklimat keputusan kewangan separuh pertama MNRB yang berakhir 30 September 2009 di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai pelupusan 70 peratus kepentingan Takaful Ikhlas, Anuar berkata, ia tidak akan berlaku memandangkan pemegang saham utama mereka adalah Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

”Sekiranya MNRB berhasrat menjual kepentingan ekuiti, kami masih mahu menjadi pemegang saham utama,” jelasnya.

Sementara itu, MNRB telah merekodkan kerugian bersih sebanyak RM25.7 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2009 berbanding RM7.5 juta pada tahun lalu.

”Peningkatan kerugian tersebut adalah disebabkan oleh peruntukkan bersih sebanyak RM41.8 juta terhadap tuntutan rizab oleh subsidiari insurans semula.

”Sejajar dengan keperluan Modal Berasaskan Risiko yang diperkenalkan BNM dan telah dilaksanakan berkuatkuasa 1 Januari lalu,” katanya.

Namun, MNRB telah merekodkan peningkatan perolehan sebanyak 18.7 peratus kepada RM681.6 juta berbanding RM574.4 juta sebelumnya.

Ia adalah ekoran pertambahan premium kasar yang dicatatkan oleh subsidiari insurans semula dan peningkatan dalam yuran wakalah yang diperoleh daripada operator takaful.

MNRB merupakan syarikat pegangan pelaburan. Antara anak-anak syarikat milik penuh MNRB adalah Malaysian Reinsurance Bhd. (Malaysia Re), Takaful Ikhlas, MNRB Retakaful Bhd. (MRT).

Topik: Takaful Ikhlas, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Fresh funds to drive Takaful Malaysia
  • Takaful Malaysia profit falls to RM21.2m
  • Takaful Ikhlas 11th branch to be opened in Te
  • Making waves in takaful industry
  • MAA sweetens offer to AmAssurance
  • Takaful Malaysia spending RM15m on rebranding
  • Government urged to form an insurance consort
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.