• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful industry experiences strong growth
  Takaful Malaysia signs RM12 milion contract with H
  Distribution of surplus in takaful scheme allowed
  Great Eastern steps up its takaful plans here

Topik Pilihan
  ING Takaful
  Maybank Takaful
  PPIM
  Etiqa Takaful

MSAM: Takaful Ikhlas jangka kutip premium RM3.5j

Apr 25th, 2008 by 1takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 25hb April 2008

Melaka – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dijangka mengutip premium sekurang-kurangnya RM3.5 juta sepanjang 10 hari Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) Ke-9 berlangsung di sini.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, Raihan Rahim berkata, dengan menawarkan 66 produk kepada pengunjung MSAM, termasuk produk eksklusif dikenali Ikhlas Warga Tua Takaful dan produk baru Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT), sasaran itu dapat dicapai, selain aliran pengunjung yang berterusan.

”Berdasarkan kepada trend sebelum ini, setiap tahun kutipan premium bertambah dan (pada MSAM) di Kuantan tahun lalu kami mengutip premium berjumlah RM3.5 juta,” katanya di sini hari ini.

Produk Ikhlas Warga Tua Takaful yang dilancarkan pada 2004 itu terbuka kepada warga emas yang berumur antara 50 tahun hingga 80 tahun dengan jumlah sumbangan sebanyak RM50 sebulan.

Menerusi pelan itu, waris atau keluarga terdekat warga emas terbabit akan menerima perlindungan daripada kematian biasa dan kematian akibat kemalangan.

Menurutnya, beliau menjangka penjualan Ikhlas Warga Emas Takaful juga akan meningkat pada MSAM kali ini berbanding tahun lalu sebanyak 500 polisi berdasarkan bilangan pengunjung yang bertali arus.

Menyentuh penjualan produk baru, Raihan berkata, pihaknya menetapkan sasaran produk IMAT menyumbang kutipan premium sebanyak RM6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009.

Jelasnya, produk IMAT yang dilancarkan pada Isnin lalu turut mencatat penjualan yang memberangsangkan dan sebanyak 50 polisi telah dijual.

Raihan juga berkata, pihaknya menambah hadiah berupa lima barang elektrik setiap hari bagi kuiz yang dianjurkan oleh syarikat itu sepanjang 10 hari berlangsungnya MSAM.

Takaful Ikhlas turut menyediakan pakej haji untuk seorang dan pakej umrah serta deposit tabung haji sebanyak RM200.

Topik: Takaful Ikhlas, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • AmIslamic Bank targets RM40m for maiden investment
  • MATTA and firm offer Islamic insurance scheme for
  • Takaful penetration to grow to 12% by 2012
  • Takaful Malaysia aims to be largest Takaful player
  • Acute shortage of talent may dampen local takaful
  • Takaful Ikhlas expects RM6m from medical plan
  • Most Malaysians don't prepare for retirement
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.