• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Maybank confident of continuing as largest takaful
  Fitch affirms HSBCAT's 'A-' IFS rating
  Takaful Malaysia counts on new system
  Takaful for all

Topik Pilihan
  PruBSN Takaful
  HLTM Takaful
  Sinar Harian
  Great Eastern Takaful

Takaful Ikhlas bawa 20 anak yatim beli-belah

Sep 23rd, 2008 by 1takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 23hb September 2008

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. meraikan 20 orang anak yatim dari Rumah Amal Yayasan Pembangunan Insan Nasional (YPIN), Banting dalam satu program Jom Beli Baju Raya di pusat beli-belah Jusco, Bukit Tinggi di Klang baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk berkongsi kegembiraan dan kemeriahan menyambut Ramadan dan Syawal bersama mereka yang kurang bernasib baik.

Menurutnya, program itu juga adalah tanda keprihatinan syarikat itu terhadap nasib yang menimpa kanak-kanak tersebut yang telah kehilangan kasih sayang ibu bapa sejak kecil lagi.

“Bukan itu sahaja, ada di antara mereka juga menjadi mangsa dera keluarga sendiri. Sehubungan dengan itu, kami sepakat untuk membawa mereka keluar membeli-belah baju raya sebagai salah satu usaha untuk mengembalikan kegembiraan mereka,” katanya.

Dalam program tersebut, warga kerja Takaful Ikhlas telah menemani anak-anak yatim itu membeli-belah dan program itu menjadi lebih menarik apabila anak-anak yatim yang berumur antara lapan hingga 17 tahun itu diberi peluang memilih sendiri baju kegemaran masing-masing.

“Pelbagai kerenah dapat dilihat sepanjang program tersebut berlangsung dan kami yakin kesemua anak-anak yatim itu berasa amat gembira kerana semua yang dibeli itu adalah pilihan mereka sendiri,” ujarnya.

Syed Moheeb berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM250 bagi setiap seorang anak-anak yatim tersebut untuk membeli beberapa helai pakaian, seluar dan kasut.

Kata beliau lagi, bagi menggembirakan lagi anak-anak yatim tersebut, mereka dibawa bersuka-ria dengan bermain pelbagai permainan yang terdapat di Pusat Permainan Jusco.

Sebelum mengakhiri program pada hari itu, duit raya sebanyak RM20 juga diberikan kepada setiap seorang bersama pek parti yang berisi gula-gula, coklat dan barang permainan.

Topik: Takaful Ikhlas, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Takaful operators need to ‘up their game’
  • Less industry risk in Malaysia's takaful market
  • Fitch affirms HSBCAT's 'A-' IFS rating
  • HLTM Takaful expects AUD30 million subscription fr
  • Up Close and Personal with Datuk Syed Moheeb
  • Takaful Ikhlas eyes higher premiums
  • Takaful Ikhlas 11th branch to be opened in Terengg
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.