• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful Ikhlas eyes 25% growth for Sarawak op
  Takaful Ikhlas expects RM6m from medical plan
  Takaful Malaysia posts RM7.7m net loss in 3Q
  Distribution of surplus in takaful scheme all

Topik Pilihan
  The Edge Daily
  The Malaysian Reserve
  Takaful Nasional
  Takaful keluarga

Takaful Ikhlas dipilih Penyedia Terbaik anugerah IFN 2008

Feb 16th, 2009 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 16hb Februari 2009

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dipilih sebagai Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik 2008 menerusi undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam (IFN) 2008, baru-baru ini.

Anugerah yang diadakan buat kali keempat pada tahun ini dimenangi oleh Takaful Ikhlas menerusi undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat.

IFN memberi tumpuan terhadap industri dan pasaran kewangan antarabangsa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah itu merupakan kayu pengukur kecemerlangan syarikat sehingga hari ini.

”Kami menganggap anugerah ini sebagai satu penghormatan terbesar di peringkat antarabangsa, sebagai pengendali perlindungan takaful yang baru sahaja beroperasi selama enam tahun.

”Anugerah ini membuktikan meskipun Takaful Ikhas merupakan syarikat yang baru, tetapi produk-produk kami telah pun mendapat perhatian masyarakat luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Moheeb berkata, anugerah itu akan dijadikan pemangkin kepada kejayaan Takaful Ikhlas untuk tahun-tahun akan datang sekali gus memastikan syarikat terus berdiri kukuh dalam industri insurans dan takaful.

Menurutnya, anugerah yang dilancarkan oleh IFN itu adalah bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menjalankan operasi dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada institusi kewangan Islam.

Dalam pada itu, kata beliau, kemenangan tersebut merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas di negara ini dan juga di peringkat antarabangsa.

”Kita mempunyai pelbagai rancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang, oleh itu, usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ia (rancangan) dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini.

”Kami berasa sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai pemenang walaupun penglibatan kami dalam industri takaful masih baru berbanding pengendali takaful yang lain,” ujarnya.

Topik: Takaful Ikhlas, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Re-takaful business yet to pick up in Malaysi
  • Prudential BSN Takaful launches Takaful Puter
  • Insurance industry expanding further
  • Distribution of surplus in takaful scheme all
  • Government urged to form an insurance consort
  • Takaful Malaysia ‘insured against’ econom
  • MAA sweetens offer to AmAssurance
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.