• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  AmIslamic Bank targets RM40m for maiden inves
  HLTM Takaful expects AUD30 million subscripti
  Maybank confident of continuing as largest ta
  Recession-proof takaful set to post 30pc grow

Topik Pilihan
  Takaful perubatan
  Sinar Harian
  Takaful am
  Usahawan takaful

Takaful Ikhlas pertimbang tawaran 2 bank Indonesia

Apr 17th, 2010 by Takaful

Sumber: Berita Harian, 17hb April 2010

Takaful Ikhlas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd, sedang mengkaji cadangan daripada dua bank di Indonesia yang berminat menjadikannya rakan strategik dalam mengendalikan operasi takaful di republik berkenaan.

Ketua Eksekutifnya Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, pihaknya sudah menyerahkan cadangan itu kepada lembaga pengarah dan jika dipersetujui, rundingan susulan akan dilakukan.

“Walaupun tumpuan Takaful Ikhlas ialah di Malaysia kerana pasaran tempatan masih belum dimanfaatkan sepenuhnya dan masih banyak ruang untuk berkembang, tetapi selepas tujuh tahun beroperasi sudah tiba masanya kami mengembangkan sayap ke luar negara,” katanya dalam satu temubual di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Syed Moheeb menjelaskan penerokaan Takaful Ikhlas ke luar negara boleh dilakukan sama ada sebagai rakan kongsi dengan syarikat tempatan atau hanya sebagai perunding menawarkan kepakaran teknikal, tanpa sebarang pegangan ekuiti.

“Saya, secara peribadi lebih suka kepada pendekatan kedua mengambil kira, terutama faktor kekurangan tenaga kerja untuk operasi Takaful Ikhlas di Malaysia.

“Selain Indonesia, kami memantau dua pasaran lain, tetapi ia bukan negara Teluk atau Asia,” katanya.

Mengenai prestasi kewangan syarikat itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010, beliau berkata walaupun berdepan persekitaran ekonomi mencabar, takaful Ikhlas berjaya melepasi sasaran mencapai kutipan premium RM600 juta.

Bagaimanapun, disebabkan semakan semula sasaran kutipan premium yang telah dinaikkan kepada RM630 juta tiga bulan sebelum berakhirnya tahun kewangan 2009/2010, ia sedikit tersasar, tetapi tetap melepasi sasaran awal, katanya sambil menambah semakan lewat tahun itu sengaja dibuat bagi menghindar daripada ‘momentum menjadi perlahan’ pada hujung tahun.

Takaful Ikhlas mencatat kutipan premium RM580 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009.

Topik: Berita Harian, Takaful Ikhlas |

7 Artikel Pilihan

  • AmHigh Takaful investment-linked plan
  • New company for third-party bodily injury and
  • Takaful Malaysia signs RM12 milion contract w
  • New team driving force for Takaful Malaysia
  • Takaful Ikhlas eyes RM2mil premiums from big
  • Tune Money motor takaful plan
  • Takaful Malaysia profit falls to RM21.2m
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.