• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Recession-proof takaful set to post 30pc grow
  PruBSN opens Shah Alam hub to support growing
  Takaful Malaysia gets boost from AA Syariah R
  Great Eastern steps up its takaful plans here

Topik Pilihan
  HLTM Takaful
  AIA Takaful
  The New Straits Times
  Harta pusaka

Takaful Ikhlas sasar sejuta pemegang polisi

Oct 13th, 2008 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 13hb Oktober 2008

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. menyasarkan sebanyak satu juta pemegang polisinya sehingga April tahun depan, kata Pengerusinya, Sharkawi Alis.

Beliau berkata, sasaran itu berdasarkan pencapaian cemerlang syarikat tersebut dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya yang bukan sahaja memberi perlindungan menyeluruh bahkan pulangan yang menguntungkan.

”Sehingga akhir tahun lepas, kita telah mempunyai lebih 600,000 pemegang polisi dan kami percaya jumlah ini akan meningkat berdasarkan sambutan yang menggalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat operasinya yang kesepuluh di Kompleks Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Turut hadir Presidennya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman serta dua Ahli Lembaga Pengarah, Yusuff Yaacob dan Paisol Ahmad.

Pejabat cawangan Putrajaya dibuka dua bulan lebih awal daripada perancangan asal memandangkan sambutan yang memberangsangkan daripada kakitangan kerajaan di samping memberi kemudahan secara langsung untuk keperluan takaful kepada penjawat awam.

Sehubungan itu, Sharkawi berkata, syarikat menjangkakan mengumpul sumbangan sehingga RM600 juta atau 20 peratus daripada jumlah pasaran takaful pada tahun 2010.

”Walaupun hanya baru beroperasi lima tahun lepas, syarikat mampu mengumpul sumbangan sebanyak RM428 juta atau 11 peratus jumlah pasaran takaful pada tahun lepas,” katanya.

Jelas beliau, produk-produk Takaful Ikhlas yang berlandaskan syariah turut menjadi pilihan masyarakat penganut agama lain apabila hampir tujuh peratus daripada pemegang polisinya adalah orang bukan Islam.

”Ini menunjukkan produk-produk kami bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama,” katanya.

Dalam pada itu, bagi meningkatkan kecekapan operasi, Sharkawi berkata, syarikat telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi membina sistem dan peralatan Teknologi Maklumat (IT) bagi tempoh tiga tahun beroperasi.

Topik: Takaful Ikhlas, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • New team driving force for Takaful Malaysia
  • Lowe & Partners Malaysia wins Mayban Fortis a
  • Most Malaysians don't prepare for retirement
  • SMIs urged to consider insurance as protectio
  • Takaful Ikhlas eyes 25% growth for Sarawak op
  • Foreign institutions are welcome to explore t
  • Takaful IKHLAS wins Most Innovative Product a
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.