• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful Malaysia spending RM15m on rebranding
  EPF money for critical illness insurance
  Agency fast gaining ground in takaful sales
  Bright outlook for domestic takaful business

Topik Pilihan
  The Edge Daily
  Maybank Takaful
  Harakah Daily
  The Star

Takaful Ikhlas sumbang keperluan lebih RM30,000

Oct 13th, 2009 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 13hb Oktober 2009

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) menyumbangkan wang tunai dan barangan keperluan asas bernilai lebih RM30,000 kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, ia adalah wang tunai RM10,000 dan pelbagai barangan keperluan asas termasuk tuala, selimut, susu, makanan kanak-kanak, biskut dan mi segera bernilai RM20,000.

”Sumbangan yang diperoleh hasil sumbangan ikhlas syarikat dan kakitangannya ini bertujuan meringankan bebanan mangsa bencana berkenaan dan wang tunai RM10,000 itu khas untuk membeli bekalan perubatan untuk mereka.

”Ia akan disalurkan kepada mangsa bencana di sana melalui Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) dan kami amat berterima kasih kepada PBSM kerana diberi peluang bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Aidilfitri Silaturrahim Jalin Ikhlas yang dianjurkan Takaful Ikhlas di Restoran Seri Melayu di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Takaful Ikhlas, Sharkawi Alis, Ahli Lembaga Pengarah syarikat, Anuar Mohd. Hassan dan Setiausaha Agung PBSM, Datuk Megat Mohd. Yusof Datuk Megat Mahmud.

Pada majlis itu, Takaful Ikhlas turut mengumumkan penghantaran lima sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Takaful Ikhlas yang akan mengikuti misi bantuan kemanusiaan bencana berkenaan di sana.

Syed Moheeb berkata, sukarelawan ini akan membawa barangan keperluan asas yang disediakan syarikat ke sana dan berkhidmat di situ selama enam hari bermula esok.

”Mereka akan bekerjasama dengan PBSM dan Palang Merah Indonesia (PMI) untuk membantu dan memberi pelbagai bantuan yang diperlukan mangsa bencana berkenaan.

”Kelima-lima kakitangan ini menawarkan diri untuk menjadi sukarela atas kesedaran tinggi untuk mengeratkan hubungan negara dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada mangsa bencana,” katanya.

Topik: Takaful Ikhlas, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Takaful Ikhlas expects RM6m from medical plan
  • HLTM Takaful launches capital protection inve
  • Takaful Ikhlas awarded the Best Takaful-Retak
  • Takaful Malaysia signs RM12 milion contract w
  • Takaful Ikhlas 11th branch to be opened in Te
  • New HSBC Amanah product to double its premium
  • Etiqa Takaful on track to achieve RM1.4 billi
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.