• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  AMMB to start family takaful business in June next
  Takaful Ikhlas records impressive results five yea
  Takaful Malaysia spending RM15m on rebranding
  Takaful Malaysia announce 10% Mudharabah payment

Topik Pilihan
  The New Straits Times
  Takaful Malaysia
  Harakah Daily
  Bancatakaful

Takaful Ikhlas unjur kutipan premium RM600j

Aug 24th, 2008 by 1takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 24hb Ogos 2008

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas), pengendali insurans Islam menyasarkan kutipan premium kasar sebanyak RM600 juta pada tahun ini daripada pelanggan-pelanggannya di seluruh negara.

Pengerusinya, Sharkawi Alis berkata, jangkaan tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM172 juta berbanding kutipan sebanyak RM428 juta yang diperoleh pada tahun lepas.

Katanya, walaupun sasaran awal ialah sebanyak RM520 juta, Takaful Ikhlas yakin dapat mencatat kutipan sebanyak RM600 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009 ekoran sambutan daripada orang ramai terhadap 78 produk yang ditawarkan syarikat itu.

”Kami optimis dengan penawaran yang diberikan kepada produk-produk Takaful Iklas, kami mampu mendapat tempat di hati penduduk seluruh negara termasuk dari kalangan bukan Islam,” katanya ta selepas melancarkan Pejabat Wilayah Perak di sini Sabtu lalu.

Pejabat tersebut yang terletak di Persiaran Greentown 9, Pusat Perdagangan Greentown merupakan pejabat wilayah keempat yang dibuka dalam tempoh lima bulan tahun ini selepas Melaka, Kota Kinabalu dan Kuantan.

Di samping empat negeri itu, Takaful Ikhlas juga mempunyai rangkaian pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Sungai Petani, Johor Bahru dan Kuching.

Menurut Sharkawi, selain kepelbagaian produk dan sepenuhnya berlandaskan syariat Islam, tarikan utama produk Takaful Ikhlas ialah pada konsep wakalahnya yang menjanjikan pulangan keuntungan kepada pemegang polisi setiap tahun.

”Keunikan ini berjaya menarik minat ramai orang termasuk bukan Islam kerana syarikat insurans konvensional biasanya tidak memulangkan keuntungan yang diperoleh kepada pemegang polisi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Sharkawi berkata, produk syarikat itu yang paling mendapat sambutan ialah pelan simpanan Ikhlas di bawah kategori Takaful Keluarga yang setakat ini mempunyai sebanyak 100,000 pemegang polisi.

”Dengan sambutan baik yang diterima, kita menjangkakan dapat meningkatkan penguasaan pasaran kepada 20 peratus menjelang tahun 2010 berbanding 7 peratus pada masa ini,” katanya.

Beliau juga berkata, bagi menembus pasaran takaful, adalah menjadi fokus Takaful Ikhlas untuk meningkatkan jumlah ejen kepada 6,000 orang di seluruh negara dalam tempoh terdekat berbanding 4,500 orang sekarang.

Selain menambah bilangan ejen, Takaful Ikhlas juga sentiasa mengadakan program latihan bagi meningkatkan teknik jualan ejen-ejen supaya lebih berkesan untuk menembusi pasaran.

”Walaupun cawangan kita tidak sebanyak yang dimiliki syarikat insurans konvensional, Takaful Ikhlas menyediakan satu sistem dalam talian yang membolehkan semua wakil kita mengakses maklumat menerusi Internet dan ini membolehkan mereka bekerja secara lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pembukaan Pejabat Wilayah Takaful Ikhlas di negeri ini, beliau berharap syarikat tersebut dapat meraih kutipan sebanyak RM37 juta di Perak pada tahun ini.

Sharkawi berkata, buat permulaan, tumpuan syarikat adalah memperluaskan cawangannya di pekan-pekan kecil bagi membolehkannya menembusi monopoli syarikat perlindungan konvensional yang sudah lama bertapak di negeri ini.

Topik: Takaful Ikhlas, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • RAM: Increasing demand for takaful in Malaysia
  • AMMB to start family takaful business in June next
  • Takaful Ikhlas aims for 20 pct share of Takaful ma
  • MATTA and firm offer Islamic insurance scheme for
  • Takaful Ikhlas eyes RM2mil premiums from big bike
  • Lowe & Partners Malaysia wins Mayban Fortis accoun
  • Cashless hospital admission for insured foreign wo
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.