• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Distribution of surplus in takaful scheme all
  PruBSN plans to boost position in non-muslim
  Foreign institutions are welcome to explore t
  MAA and AMMB to negotiate on MAA takaful stak

Topik Pilihan
  Takaful perubatan
  Takaful Nasional
  Utusan Malaysia
  Takaful am

150 pengundi terima Skim Smart Takaful

May 15th, 2008 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 15hb Mei 2008

Seramai 150 penduduk sekitar bandar ini menerima perlindungan insurans melalui Skim Smart Takaful kelolaan Pusat Khidmat Masyarakat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Kuantan.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, skim itu diberikan kepada pengundi Kuantan berusia 69 tahun ke bawah yang layak dengan tujuan membantu mereka sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Bagaimanapun katanya, skim itu yang dilengkapi dengan pemberian subsidi dari pihak Parlimen Kuantan hanya sah sehingga ke tarikh pembubaran Parlimen oleh kerajaan Pusat dalam tempoh empat hingga lima tahun lagi.

“Dengan skim ini, setiap keluarga di Kuantan akan berpeluang meningkatkan tahap hidup sekiranya berlaku sebarang kecemasan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan skim tersebut, di sini semalam.

Mengikut kadar sumbangan (premium) yang ditetapkan oleh syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd., setiap peserta skim perlu menjelaskan RM2.70 selama 60 bulan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM172 bagi setiap peserta.

Namun bagi skim ini, peserta hanya perlu membayar sebanyak RM60 seorang bagi keseluruhan sumbangan bagi tempoh perlindungan yang sama iaitu sehingga pembubaran Parlimen akan datang.

Dengan kadar itu, sejumlah RM112 baki premium yang belum dijelaskan akan ditanggung sebagai subsidi oleh Pusat Khidmat Masyarakat PKR Kuantan.

Fuziah berkata, melalui skim tersebut, peserta dari lingkungan umur 18 hingga 69 tahun bakal menerima RM7,500 bagi kematian biasa, sementara RM15,000 bagi kematian melibatkan kemalangan.

“Kita hanya buka skim ini kepada pengundi-pengundi di sekitar Kuantan yang layak, namun ia juga akan dibuka kepada orang ramai di bandar ini tidak lama lagi,” katanya.

Jelas beliau, sesiapa yang berminat menyertai skim itu boleh mendaftar di mana-mana cawangan Pusat Khidmat Masyarakat PKR dengan membawa bersama kad pengenalan dan wang premium sebanyak RM60.

Topik: Takaful Ikhlas, Takaful keluarga, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • 97,000 senior citizens register for takaful c
  • Takaful Malaysia counts on new system
  • Re-takaful business yet to pick up in Malaysi
  • Takaful Malaysia aims to capture 33 pct share
  • MAA Takaful wins top product award
  • Bright outlook for domestic takaful business
  • Dubai Group to grow retakaful market
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.