• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Less industry risk in Malaysia's takaful mark
  Takaful Ikhlas 11th branch to be opened in Te
  Takaful IKHLAS wins Most Innovative Product a
  Re-takaful business yet to pick up in Malaysi

Topik Pilihan
  Bernama
  AIA Takaful
  IBFIM
  Harakah Daily

Kempen Takaful Ikhlas tarik kakitangan kerajaan

Jul 22nd, 2008 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 22hb Julai 2008

Syarikat pengendali insurans Islam, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) melancarkan kempen ‘Rumahku, Syurgaku’ dengan mengadakan cabutan bertuah barangan perabot bernilai lebih RM90,000 kepada seluruh kakitangan kerajaan, bermula hari ini.

Hadiah tersebut merupakan sumbangan syarikat pembuat perabot terkenal, Cavenci Sdn. Bhd. (Cavenci).

Kempen tersebut adalah merupakan program insentif untuk kakitangan kerajaan yang mengambil pinjaman hanya melalui Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (BPP).

Ketua pegawai operasinya, Wan Mohd. Fadzlullah Wan Abdullah berkata, kempen tersebut memberi peluang kepada kakitangan kerajaan untuk mendapatkan perabot secara percuma bagi kediaman baru mereka.

Katanya, ia menawarkan pemberian hadiah lumayan iaitu berupa baucer pakej perabot bernilai RM90,000 kepada 61 pemenang bertuah sepanjang tahun sehingga 31 Mac tahun depan.

Menurutnya, pemenang kempen ini akan dipilih menerusi cabutan bertuah yang akan diadakan setiap tiga bulan sekali.

”Pemenang bagi hadiah bonanza akan mendapat baucer perabot daripada Cavenzi bernilai RM10,000.

”Cabutan suku tahunan pula menawarkan hadiah sekeping baucer perabot sumbangan Cavenzi bernilai RM5,000, RM4,000, RM3,000, RM 2,000 dan RM1,000 manakala 10 pemenang yang lain akan menerima deposit akaun Tabung Haji bernilai RM500 seorang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Takaful Ikhlas dilantik sebagai panel BPP sejak 8 Ogos 2006 yang lalu.

Fungsi syarikat itu di BPP adalah menawarkan pelan perlindungan Takaful Ikhlas Gadaijanji dan Pemilik Rumah kepada kakitangan kerajaan yang membuat pembiayaan di BPP.

Wan Mohd Fadzlullah menambah, pihaknya turut melancarkan program insentif khusus untuk kakitangan kerajaan yang memilih syarikat itu melalui BPP sebagai penyedia takaful bagi melindungi pembiayaan mereka.

Beliau menegaskan, skim yang diperkenalkan itu sudah mendapat sambutan di luar jangkaan oleh kakitangan kerajaan sejak ia diperkenalkan pada 22 bulan lalu.

Topik: Takaful Ikhlas, Takaful keluarga, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • PruBSN plans to boost position in non-muslim
  • BNM: Demand for insurance, takaful to slow do
  • Takaful Malaysia counts on new system
  • Distribution of surplus in takaful scheme all
  • Takaful Ikhlas 11th branch to be opened in Te
  • MAA Takaful unveils all-cancer coverage
  • Commerce Takaful set to reap RM500 million th
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.