• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  New HSBC Amanah product to double its premium inco
  MAA Takaful wins top product award
  ING sees Malaysia as takaful hub
  Implement National Health Insurance carefully

Topik Pilihan
  The Star
  The Edge Daily
  Takaful perubatan
  Bank Negara Malaysia

Kerajaan Kelantan tanggung lebihan bayaran untuk Takaful Kifaalah

Oct 23rd, 2008 by 1takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 23hb Oktober 2008

Kerajaan negeri terpaksa menanggung lebihan bayaran sebanyak RM8.495 juta untuk skim insurans Takaful Kifalah yang diperkenalkannya disebabkan jumlah kematian melepasi unjuran yang dibuat sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, unjuran kematian golongan tua di negeri ini ialah sebanyak dua peratus setahun tetapi mencapai empat peratus.

Beliau berkata, disebabkan peningkatan di luar jangkaan itu, kerajaan negeri dan syarikat insurans terpaksa menanggung kerugian dan bebanan yang tinggi.

“Kerajaan harus mengkaji semula jumlah pampasan yang diberi kepada pencarum adalah tidak munasabah, kerajaan terpaksa menanggung beban daripada skim ini yang boleh memberikan kesan kepada kewangan negeri.

“Bagaimanapun skim itu akan tetap diteruskan cuma bayaran pampasan akan dikaji semula mengikut kekuatan kewangan dan kemampuan kerajaan negeri,” katanya ketika menjawab soalan lisan Dr. Nik Mazian Nik Mohamad (Pas-Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Takaful Kifaalah ialah skim insurans untuk warga emas di mana seseorang warga emas yang meninggal dunia, keluarga mereka akan mendapat pampasan sebanyak RM500 pada hari kematian dan bakinya RM2,000 selepas itu.

Sejak dilancarkan 7 Februari 2007, seramai 7,299 daripada 96,921 warga tua yang berdaftar di bawah skim tersebut telah meninggal dunia.

Skim tersebut dibahagikan kepada tiga kategori umur iaitu dari 60 sehingga 65 tahun, 66 sehingga 75 dan 75 tahun ke atas.

Husam berkata, melalui skim terbabit, kerajaan hanya membayar pampasan sebanyak RM2,500 daripada jumlah yang sepatutnya dibayar iaitu RM4,500.

“Lebihan daripada bayaran pampasan sebanyak RM2,000 itu diambil oleh kerajaan negeri untuk diagihkan semula kepada golongan yang berusia 75 tahun ke atas kerana mereka merupakan golongan yang tidak layak untuk diinsuranskan,” katanya.

“Disebabkan jumlah kematian warga emas yang berusia lebih 75 tahun ke atas meningkat, jadi kerajaan terpaksa menanggung lebihan bayaran tersebut,” katanya.

Topik: Takaful keluarga, Takaful Malaysia, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Commerce Takaful set to reap RM500 million this ye
  • Takaful Malaysia gets boost from AA Syariah Rating
  • Fitch affirms HSBCAT's 'A-' IFS rating
  • SMIs urged to consider insurance as protection of
  • ING Public Takaful expects to break even in 2 year
  • Takaful Malaysia counts on new system
  • Takaful Ikhlas disburses RM411,000 to cancer patie
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.