Pelan takaful untuk bakal-bakal pengantin baru
Mar 12th, 2007 by 1takaful
Menyedari bahawa bakal-bakal pengantin baru akan mempunyai beberapa tanggungjawab kewangan yang baru setelah bekeluarga, sewajarnyalah mereka memperuntukkan 10% daripada pendapatan bulanan sebagai caruman takaful. Menyertai pelan takaful dengan caruman yang terlalu kecil tidak akan dapat menyediakan manfaat perlindungan yang menyeluruh.
Mereka juga perlu bijak memilih gabungan pelan yang ingin disertai supaya pelan tersebut menyediakan manfaat perlindungan dan pulangan simpanan secara seimbang. Ini adalah untuk memastikan di samping mempunyai perlindungan takaful yang bersesuaian, mereka juga mempunyai simpanan jangkapanjang melalui pelan tersebut.
Sebagai contoh, mereka boleh menyertai gabungan tiga pelan yang disediakan oleh Takaful Malaysia iaitu Pelan Takaful Keluarga dengan caruman RM100, Pelan Takaful Sihat dengan caruman RM40 dan Pelan Takaful Dana Pekerja dengan caruman RM60. Gabungan pelan ini akan memberikan pulangan simpanan dan menyediakan manfaat kemalangan diri, manfaat penyakit kritikal, manfaat hospital, khairat kematian pasangan dan ibubapa, manfaat keilatan kekal sepenuhnya serta manfaat kematian.
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap daripada kamu melihat (merancang) apa yang akan dilakukan untuk esok. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan.
Al-Quran, Surah al-Hasyr:18