PruBSN ambil graduan baru pasar produk syarikat
Mar 5th, 2009 by 1takaful
Sumber: Berita Harian, 5hb Mac 2009
Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) melancarkan program pengambilan pekerja di kalangan siswazah lepasan universiti untuk mengisi lebih 150 kekosongan jawatan di bahagian Bancatakaful sejajar pertumbuhan perniagaannya dalam sektor berkenaan.
Ketua Bancatakaful PruBSN, Mohd Hanafi Mohd Isa, berkata PruBSN menawarkan kepada graduan baru daripada pelbagai bidang untuk menyertai kumpulan Eksekutif Kewangan Takafulnya yang akan dipertanggungjawab memasarkan produk syarikat itu kepada pelanggan.
Katanya, calon berjaya akan diberikan kemahiran sesuai dengan menjalani latihan khas disediakan syarikat selain kursus di bawah Akademi PruBSN sebelum ditempatkan di cawangan bank Simpanan nasional terpilih di seluruh negara. “PruBSN sedang meningkatkan usaha pengambilan pekerja supaya dapat menarik lebih ramai siswazah yang memohon khususnya ketika keadaan ekonomi menyebabkan peluang pekerjaan di pasaran semakin menyusut.
“Kami juga berusaha meningkatkan pembangunan modal insan melalui penambahan bajet latihan sebanyak 60 peratus berbanding tahun lalu, meliputi latihan pekerja baru, kakitangan dan ejen bagi mengekalkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.
Mohd Hanafi berkata, PruBSN menawarkan insentif yang amat kompetitif untuk TFE.
“Jumlah yang mereka terima untuk insentif ini adalah amat menarik memandangkan kami mengambil pendekatan mekanisma ‘pendapatan yang tidak terhad.’