• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful Malaysia gets boost from AA Syariah R
  Etiqa to reshape local assurance landscape
  HLTM Takaful expects AUD30 million subscripti
  Making waves in takaful industry

Topik Pilihan
  Takaful Ikhlas
  Harakah Daily
  CIMB Aviva Takaful
  Maybank Takaful

Takaful Malaysia giat susun semula operasi

Apr 14th, 2008 by Takaful

Sumber: Berita Harian, 14hb April 2008

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) yang bakal tampil dengan imej baru tahun ini, sedang giat menyusun semula operasinya termasuk menaik taraf sistem sedia ada serta menyeragamkan peraturan dan prosedur yang diguna pakai, bagi memastikan perkhidmatan yang disediakannya lebih cekap dan berkesan. Di bawah pengurusan barunya, syarikat takaful pertama di Malaysia itu juga memberi penekanan kepada aspek pengurusan bermutu dan menstruktur semula proses perniagaannya.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Hassan Kamil, berkata pelbagai inisiatif akan dilaksanakan termasuk memperkenalkan perkhidmatan Bankatakaful dan produk takaful berasaskan pelaburan tahun ini.

Beliau berkata, Takaful Malaysia juga mengambil langkah menyepadukan cawangan yang dianggap kurang sesuai dan beroperasi di lokasi sama dengan Bank Islam Malaysia Berhad, iaitu syarikat induknya bagi mengelakkan pertindihan operasi.

“Kami sebelum ini telah menutup operasi 20 cawangan dan merancang mengurangkannya sehingga 70 daripada 100 sekarang, yang mana kakitangan cawangan terbabit akan diserapkan ke cawangan lain dan cawangan Bank Islam.

“Banyak isu yang timbul sebelum ini mengatakan di bawah pengurusan baru, ramai kakitangan yang akan dibuang kerja dan ini adalah tidak benar,” katanya dalam temubual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, pelaksanaan sistem baru berpusat serta peraturan dan prosedur yang lebih seragam mampu menaikkan semula imej syarikat yang sebelum ini terjejas akibat ketidakcekapan operasi terdahulu.

Hassan berkata, di bawah pengurusan baru, Takaful Malaysia melabur RM40 juta dalam sistem teknologi maklumat (IT).

“Semua usaha ini adalah sebahagian daripada langkah memantapkan semula perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan dan kami komited untuk memastikan syarikat berada dalam landasan lebih kukuh,” katanya.

Takaful Malaysia yang kini menguasai 40 peratus pasaran Takaful di negara ini akan mempelbagai portfolio pelaburannya termasuk dalam pasaran ekuiti dan sukuk yang boleh memberi pulangan lebih tinggi.

Sejajar pengukuhannya, syarikat takaful itu merancang memperkenalkan 10 produk takaful yang baru tahun ini.

Hassan berkata, baru-baru ini Takaful Malaysia mengumumkan pembayaran 10 peratus bagi Mudharabah Takaful Am yang dibekukan sejak April tahun lalu.

Pembekuan itu terpaksa dilakukan kerana sistem IT Takaful Malaysia sebelum ini tidak dapat mengambil kira pembayaran mudharabah kepada pelanggan dengan tepat.

“Sistem IT baru ini membolehkan syarikat melakukan proses pembayaran mudharabah dengan lebih tepat dan cepat,” katanya.

Beliau berkata, pembayaran Mudharabah dibuat kepada pemegang Takaful Am yang tamat tempoh pada atau selepas 1 Mac hingga 31 Disember 2007 tanpa sebarang tuntutan.

Topik: Berita Harian, Takaful Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Takaful Malaysia counts on new system
  • Bright outlook for domestic takaful business
  • Most Malaysians don't prepare for retirement
  • Lowe & Partners Malaysia wins Mayban Fortis a
  • HLTM Takaful expects AUD30 million subscripti
  • Government urged to form an insurance consort
  • Takaful Malaysia acquires new IT system
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.