• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Etiqa Takaful on track to achieve RM1.4 billi
  Government urged to form an insurance consort
  Insurance industry expanding further
  Takaful industry experiences strong growth

Topik Pilihan
  MAA Takaful
  Harian Metro
  Takaful keluarga
  The Edge Daily

Takaful Malaysia optimis sumbang 50% perolehan BIMB

Oct 22nd, 2007 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 22 Oktober 2007

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) optimis untuk menyumbang sehingga 50 peratus perolehannya kepada BIMB Holdings Bhd. (BIMB) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Hassan Kamil berkata, buat masa sekarang sumbangan syarikat kepada perolehan syarikat induknya itu hanya kira-kira 10 peratus.

Menurutnya, sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh berkenaan memandangkan pertumbuhan perolehan syarikat dijangka mencecah sehingga 25 peratus berbanding kira-kira 12 peratus sahaja.

Katanya, peningkatan perolehan itu berdasarkan kepada beberapa inisiatif baru syarikat terhadap strategi produk dan perkhidmatan, pemasaran, pengurusan dan teknologi maklumatnya serta kakitangannya agar lebih berdaya saing bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin berubah dan persaingan industri yang sengit kini.

‘‘Kami yakin syarikat kini berada pada hala tuju yang terbaik untuk mencapai sasaran menyumbang kira-kira 50 peratus kepada perolehan Bank Islam dalam tempoh lima tahun akan datang, misi itu dapat direalisasikan nanti,’’ tegasnya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Hassan memberitahu, bagi mencapai misi berkenaan, Takaful Malaysia telah melabur kira-kira RM40 juta dalam pembangunan infrastruktur teknologi maklumatnya bagi membolehkan produk-produk yang lebih berdaya saing dapat diperkenalkan pada masa depan.

Tambah beliau, syarikat juga akan memperkenalkan lima produk barunya masing-masing daripada segmen Takaful Keluarga dan Takaful Am di pasaran tidak lama lagi.

‘‘Bagi tahun kewangan tahun 2007, Takaful Keluarga telah menyumbang kira-kira RM500 juta kepada perolehan syarikat manakala RM300 juta pula daripada Takaful Am,’’ katanya.

Tambah beliau, antara produk popular di kalangan pelanggannya daripada segmen Takaful Keluarga adalah Takaful Siswa dan Gadai Janji Perumahan manakala segmen Takaful Am pula melibatkan motor dan kebakaran.

Mengulas lanjut mengenai produknya, Hassan berkata, Takaful Malaysia juga telah memperkenalkan produk berkaitan pelaburan sejak dua tahun lalu dan sambutan yang diterimanya amat memberangsangkan.

Dua produk pelaburannya itu ialah Tabung Istiqrar yang memberi kadar pulangan antara 6.5 peratus hingga lapan peratus setahun manakala satu lagi ialah Tabung Ittizan yang menawarkan kadar pulangan yang tinggi tetapi memiliki risiko yang tinggi juga.

Dana itu mampu menawarkan kadar pulangan antara 7.5 peratus hingga 9 peratus setahun.

‘‘Kami bercadang untuk mengubah struktur produk terbaru kami dalam segmen ini kerana kami yakin segmen perniagaan ini memiliki potensi yang baik.

‘‘Oleh itu, kami kini dalam proses mengkaji rancangan itu dan telah melantik dua bank saudagar dari Singapura untuk memperkenalkan produk pelaburan yang lebih unik,’’ katanya lagi.

Tambah beliau, produk-produk berkenaan akan dikenali sebagai Dana Pelaburan Berstruktur yang masing-masing terdapat dalam dua mata wang berbeza iaitu ringgit dan dolar Amerika Syarikat.

‘‘Ia masih dalam peringkat perancangan dan kajian, kami masih belum menghantar permohonan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan pihak berkuasa lain,’’ katanya yang yakin dua produk tersebut dijangka diperkenalkan di pasaran pada Januari depan.

Hassan memberitahu, saiz dana tersebut masing-masing adalah RM300 juta dan AS$300 juta (RM1 bilion) yang mana ia disasarkan untuk dipasarkan di pasaran global.

Katanya bagi merealisasikan cadangan untuk mengedarkan saiz tersebut di pasaran luar negara itu, Takaful Malaysia juga sedang berbincang dengan syarikat dari Asia Barat untuk melaksanakannya melalui kaedah bankassurans.

Topik: Takaful Malaysia, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • HSBC Amanah Takaful targets RM375 million in
  • Call to expedite implementation of National H
  • Agency fast gaining ground in takaful sales
  • MAA and AMMB to negotiate on MAA takaful stak
  • Most Malaysians don't prepare for retirement
  • Takaful Ikhlas to focus on consolidation
  • Takaful IKHLAS wins Most Innovative Product a
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.