• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful Malaysia Waives Assessment Fee For Propert
  Maybank confident of continuing as largest takaful
  Bright outlook for domestic takaful business
  HLTM Takaful introduces investment-linked takaful

Topik Pilihan
  Utusan Malaysia
  PruBSN Takaful
  Takaful semula
  MTA

Takaful Malaysia perlu maklumat penerima zakat

Apr 17th, 2008 by 1takaful

Sumber: Berita Harian, 17hb April 2008

Batu Pahat: Syarikat Takaful Malaysia Berhad bekerjasama menjalin dengan ketua masyarakat di seluruh negeri ini untuk mengesan kumpulan sasar yang layak menerima bantuan zakat.

Golongan terbabit adalah fakir miskin, ibu tunggal, pelajar miskin serta orang kurang upaya atau mangsa bencana alam seperti banjir.

Pengurus Takaful Malaysia Wilayah Selatan, Nor Azman Mahadi, berkata kerjasama itu perlu bagi memudahkan pihaknya mengagihkan zakat kepada pihak yang benar-benar layak menerimanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya memerlukan maklumat tepat mengenai keadaan sebenar serta latar belakang bakal penerima bantuan supaya tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Pegawai Takaful Malaysia di cawangan sentiasa berhubung dengan ketua masyarakat sama ada penghulu atau ketua kampung bagi mengenal pasti mereka yang layak menerima bantuan zakat.

“Pengagihan wang bantuan zakat ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat kami dan ia dijalankan secara berterusan bagi membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sambutan Maulidur Rasul dan Penyampaian Bantuan Zakat Takaful Malaysia Berhad di Masjid Jamek Kampung Seri Pasir, Sri Medan di sini, baru-baru ini.

Sebanyak RM16,000 wang zakat diagihkan kepada 32 ibu tunggal di kawasan Sri Medan dengan setiap seorang menerima bantuan RM500.

Wang zakat berkenaan disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar (Pengurusan Cawangan) Ibu Pejabat Takaful Malaysia, Noraini Mohd Yusof.

Sebelum ini, Takaful Malaysia turut mengagihkan wang zakat berjumlah RM80,000 kepada kira-kira 80 keluarga miskin di Segamat.

Nor Azman berkata, bantuan wang zakat kepada kumpulan sasar itu hanyalah satu perempat daripada zakat perniagaan Takaful Malaysia manakala selebihnya dibayar terus kepada Jabatan Agama Johor (JAJ).

“Kami juga menyediakan bantuan berdasarkan permintaan tetapi yang penting ketua masyarakat setempat mengesahkan keadaan sebenar bakal penerima itu,” katanya.

Topik: Berita Harian, Takaful Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Takaful Ikhlas Optimistic To Surpass RM520 Mln In
  • EPF deny launching critical illness insurance sche
  • Price of healthcare will be doubled
  • PruBSN opens Shah Alam hub to support growing busi
  • Agency fast gaining ground in takaful sales
  • Takaful Ikhlas awarded the Best Takaful-Retakaful
  • CIMB-Aviva to go global with takaful
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.