• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  BNM: Demand for insurance, takaful to slow down
  AMMB to start family takaful business in June next
  ISM to hold inaugural Insurance & Takaful Fraud Co
  Takaful Malaysia Waives Assessment Fee For Propert

Topik Pilihan
  AmTakaful
  MTA
  Sinar Harian
  The Edge Daily

Kakitangan kerajaan berpeluang menangi MyVi

Sep 3rd, 2007 by 1takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 3hb September 2007

Kakitangan kerajaan di seluruh negara masih berpeluang memenangi sebuah kereta Perodua MyVi menerusi peraduan ‘Pilih dan Menang’ anjuran Takaful Nasional dan MNI Insurans pada fasa dua peraduan itu Disember ini.

Ketua Bahagian Pemasaran Mayban Fortis, Adam Manaf berkata, peraduan itu yang bermula pada Januari lalu telah tamat fasa pertama pada akhir Jun lalu dengan menawarkan hadiah baucer berjumlah RM39,000 dari gudang jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth. Melalui kempen ini, beliau berkata, pihaknya mahu menarik minat golongan penjawat awam termasuk pegawai tertinggi untuk merealisasikan impian mereka membeli rumah pertama atau rumah kedua dan seterusnya.

‘‘Kita sedar mereka ini tertunggu-tunggu untuk pasaran yang lebih baik sedangkan kini adalah masa terbaik untuk membeli rumah.

‘‘Selain itu, Takaful juga menawarkan perlindungan bukan sahaja untuk melunaskan baki pinjaman jika berlaku kematian begitu juga jika hilang upaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di seminar Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan kepada kakitangan kerajaan di sini baru-baru ini.

Adam berkata, skim pinjaman tersebut menawarkan kadar premium terendah, manfaat khairat kematian berjumlah RM3,000, tanggungan kos perubatan bagi kehilangan upaya kekal (RM1,000), perlindungan takaful gadai janji lebih menarik juga menawarkan perlindungan Takaful Motor untuk kenderaan.

Sementara itu, seramai 15 kakitangan awam bertuah menerima hadiah baucer barangan elektrik dan perabot termasuk pemenang utama, Mohd. Failsal Abdul Raof, 28, dari Batu Caves, Selangor yang berjaya memenangi baucer berjumlah RM7,000.

Selain itu, tempat kedua yang menawarkan hadiah baucer bernilai RM5,000 setiap satu dibawa pulang oleh pegawai imigresen, Abdul Rahman Bakar, 57, dari Putrajaya dan seorang guru dari Negeri Sembilan, Fazliza Mohamed, 28. Pada masa yang sama, seramai tiga penjawat awam turut memenangi tempat ketiga yang menawarkan hadiah baucer RM3,000 seorang selain empat pemenang tempat keempat dengan baucer barangan elektrik dan perabot bernilai RM2,000 seorang.

Topik: Etiqa Takaful, Takaful Nasional, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • MAA Takaful wins top product award
  • Takaful Malaysia Waives Assessment Fee For Propert
  • RAM: Increasing demand for takaful in Malaysia
  • Takaful Malaysia profit falls to RM21.2m
  • Takaful Ikhlas 11th branch to be opened in Terengg
  • BNM: Demand for insurance, takaful to slow down
  • HSBC Amanah Takaful targets RM375 million in reven
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.