• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Making waves in takaful industry
  Government urged to form an insurance consort
  MAA and AMMB to negotiate on MAA takaful stak
  Takaful Ikhlas expects RM6m from medical plan

Topik Pilihan
  Takaful pelaburan
  Bernama
  Maybank Takaful
  MAA Takaful

Mayban Fortis sasar premium RM7.7 bilion

Nov 15th, 2007 by Takaful

Sumber: Berita Harian, 15 November 2007

Mayban Fortis Holdings Bhd mensasarkan kutipan premium kasar daripada perniagaan insurans dan takafulnya mencecah sejumlah RM7.7 bilion dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009.

Pertumbuhan hampir sekali ganda daripada RM4 bilion dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun lalu itu sejajar matlamat syarikat itu menjadi peneraju dalam industri insurans dan takaful di negara ini.

Sejajar dengan pertumbuhan, cabang insurans dan takaful kumpulan Maybank itu mensasar meningkatkan keuntungannya kepada kira-kira RM500 juta dalam tahun kewangan berkenaan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Aminuddin Md Desa, berkata Mayban Fortis akan memperkenalkan beberapa inisiatif dan produk baru yang menepati kehendak pelanggan sejajar pelancaran nama baru yang akan digunakan bagi semua perniagaan insurans dan takaful syarikat itu, iaitu Etiqa.

“Kami mahu terus menjadi peneraju dalam industri insurans dan takaful di negara ini. Di pasaran ketika ini, kami masih nombor satu dalam industri takaful, di tempat kedua dalam insurans am, manakala insurans hayat di tempat ketiga,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran identiti korporat terbarunya di Kuala Lumpur, semalam.

Dengan pelancaran itu, Etiqa akan menjadi nama utama untuk semua perniagaan insurans dan takaful menerusi Maybank Fortis merangkumi Mayban General, Mayban Life, Mayban Takaful, Malaysia National Insurance Bhd (MNI) dan Takaful Nasional Bhd (TN).

MNI dan TN yang diambil alih Maybank Fortis pada 2005 masing-masing akan dikenali sebagai Etiqa Insurance Bhd dan Etiqa Takaful Bhd.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Maybank dan Maybank Fortis, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad; Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Amirsham A Aziz dan Pengerusi Etiqa Insurans dan Etiqa Takaful, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.

Aminuddin berkata, proses penjenamaan semula dan kemas kini korporat itu bertujuan meningkatkan kecekapan operasi dan hasil, selain menyediakan produk dan perkhidmatan lebih menepati kehendak pengguna.

Katanya, Etiqa mampu menawarkan kelebihan tambah nilai seperti pembayaran RM1,000 untuk perbelanjaan khairat, penyelesaian dalam telefon untuk tuntutan, kelulusan polisi serta merta serta proses tuntutan yang lebih pantas.

Sementara itu, beliau berkata, Maybank akan meneruskan rancangan untuk meneroka pasaran insurans Indonesia walaupun gagal membeli kepentingan dalam PT Anugrah Life Insurance baru-baru ini.

Katanya, kerajaan republik itu menolak rancangan bagi membeli 60 peratus kepentingan dalam syarikat insurans terbabit.

“Buat masa ini, kami sedang mengkaji keadaan pasaran insurans di Indonesia dan masih mempunyai peluang meneroka pasaran di sana.

“Bagaimanapun, kami belum membuat sebarang keputusan mengenai rancangan penerokaan ini tetapi pasti akan melaksanakannya,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, Kementerian Kewangan Indonesia mensyaratkan syarikat pegangan asing mengekalkan majoriti portfolionya dalam perniagaan insurans jika ia berminat menjadi pemegang saham dalam syarikat insurans tempatan.

Selain Indonesia, beliau berkata, Maybank turut meninjau peluang mengembangkan perniagaan insurans dan takaful di Vietnam, Bangladesh dan India bagi merancakkan pertumbuhan masa depan perniagaan.

Topik: Berita Harian, Etiqa Takaful, Maybank Takaful, Takaful Nasional |

7 Artikel Pilihan

  • HLTM Takaful launches capital protection inve
  • Takaful Malaysia aims to be largest Takaful p
  • AmHigh Takaful investment-linked plan
  • PruBSN poised to be a top takaful operator
  • Agency fast gaining ground in takaful sales
  • EPF money for critical illness insurance
  • Takaful Ikhlas eyes RM2mil premiums from big
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.