• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful Ikhlas wins two Brandlaureate-SMEs Ch
  SMIs urged to consider insurance as protectio
  Takaful Malaysia gets boost from AA Syariah R
  Takaful Ikhlas disburses RM411,000 to cancer

Topik Pilihan
  HSBC Amanah
  Berita Harian
  MAA Takaful
  Takaful Ikhlas

Pelan pelaburan myAl-Afdhal

Apr 24th, 2008 by Takaful

Sumber: Harian Metro, 24hb April 2008

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) melancarkan pelan pelaburan berasaskan syariahnya yang terbaru dikenali dengan nama myAl-Afdhal yang memberi pulangan kepada pelabur setiap tahun bagi jangka masa lima tahun.

Produk terbaru itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2008 (MSAM 2008) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka, semalam.

Pelan pelaburan baru itu menyediakan pelabur dengan struktur pelaburan komprehensif lima tahun berkonsepkan syariah.

Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Muhamad Hassan Kamil, berkata struktur inovatif myAl-Afdhal dirangka untuk menyediakan 100 peratus perlindungan tabungan dan pulangan ditentukan berdasarkan perkembangan prestasi terbaik dua portfolio yang menggabungkan beberapa ekuiti global terpilih, komoditi dan pendapatan tetap.

“Satu ciri utama myAl-Afdhal menjadikannya produk terbaik ialah pelabur boleh menjangka untuk menikmati pulangan dalam pendapatan tetap menerusi pengagihan keuntungan setiap tahun dalam jangka masa lima tahun.

“myAl-Afdhal diwujudkan secara spesifik untuk memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan pelaburan berkonsepkan syariah sepenuhnya dan dilindungi Takaful.

“Ia juga mensasarkan pelabur yang berminat meneroka pelan pelaburan alternatif kepada produk simpanan pelaburan tetap biasa yang mana pelabur boleh menjangka memperoleh pulangan lebih baik dan berisiko rendah,” katanya.

Muhamad berkata, myAl-Afdhal menawarkan pakej terbaik kepada pelabur dengan menyediakan pelbagai suasana pelan pelaburan yang luas dengan nilai tambah perlindungan Takaful.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan STMB, Azian Kassim menjelaskan myAl-Afdhal diuruskan STMB bersama-sama Citibank yang menyediakan pelan pelaburan dan menawarkan pelaburan serendah RM7,000 hingga maksimum RM10 juta.

“myAl-Afdhal ini akan dibuka kepada semua individu berusia 18 tahun hingga 65 tahun bagi tempoh 45 hari bermula 2 Mei hingga 15 Jun depan,” katanya.

Topik: Harian Metro, Takaful Malaysia, Takaful pelaburan |

7 Artikel Pilihan

  • Takaful Ikhlas eyes RM2mil premiums from big
  • MAA Takaful wins top product award
  • MAA and AMMB to negotiate on MAA takaful stak
  • Takaful IKHLAS launches Ikhlas Hajj Saving Ta
  • Takaful IKHLAS launches Group Scheme for Immi
  • Takaful IKHLAS wins Most Innovative Product a
  • Etiqa to reshape local assurance landscape
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.