Topik: Berita Harian, Takaful am, Takaful keluarga on Apr 11th, 2011 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 11hb April 2011
Umat Islam yang ingin menunaikan haji dan umrah secara persendirian tidak akan diwajibkan untuk membeli pakej lengkap perlindungan insurans daripada ejen pelancongan sah dan berlesen kerana ia lebih baik jika ditawarkan sebagai pakej pilihan supaya tidak membebankan jemaah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata adalah lebih baik ia ditawarkan secara pilihan kepada peserta yang menunaikan haji dan umrah secara persendirian kerana ia adalah hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan diinginkan. Beliau berkata, kerajaan melalui pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) juga tidak pernah mengenakan sebarang kos tambahan bagi membiayai takaful kepada jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah melalui agensi berkenaan. “Bagaimanapun, jika ada pihak lain yang mahu memperkenalkannya itu adalah baik tetapi saya rasa biar ia ditawarkan sebagai pilihan kepada bakal haji yang memerlukan perkhidmatan itu.
“Saya perlu jelaskan kerana saya juga menerima rungutan daripada orang ramai yang keliru kerana menganggap ia turut dikenakan ke atas bakal haji yang pergi melalui Tabung Haji.
Teruskan Membaca
Topik: AIA Takaful, Berita Harian on Jan 29th, 2011 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 29hb Januari 2011
AIA AFG Takaful Bhd, pengendali takaful terbaru menyasar menjadi antara tiga syarikat takaful keluarga terbesar di Malaysia dalam tempoh tiga tahun menerusi kelebihan akses pasaran yang dimiliki dua pemegang saham utamanya. Syarikat yang dilancarkan semalam itu adalah usaha sama antara American International Assurance Bhd (AIA) dengan Alliance Bank Malaysia Bhd, anak syarikat milik penuh Alliance Financial Group Bhd (AFG). AIA, antara pengendali insurans hayat terbesar di Malaysia memegang 70 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama berkenaan manakala Alliance Bank memiliki baki kepentingan itu.
AIA AFG Takaful adalah satu daripada empat lesen takaful keluarga baru yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 1 September tahun lalu.
Ketua Eksekutif AIA AFG Takaful, Wan Azman Wan Mamat, berkata syarikat yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM100 juta itu mampu menjadi antara pengendali takaful keluarga utama di Malaysia menerusi pendekatannya mempelbagaikan rangkaian pengedaran serta menawarkan produk yang lebih khusus kepada pelanggannya.
Teruskan Membaca
Sumber: Berita Harian, 11hb Januari 2011
Syarikat Takaful Malaysia Bhd akan menubuhkan pusat pembelajaran agensi dikenali Takaful myStar Academy dalam usaha mencapai sasaran 2,500 ejen tahun ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Mohamed Hassan Kamil, berkata bilangan ejen agensi Takaful Malaysia meningkat kepada 800 ejen aktif dengan 45 Peneraju Agensi yang berdedikasi sejak memperkenalkan Wakalah atau model agensinya pada Mac tahun lalu.
“Agensi Runcit akan mengambil lebih ramai peneraju agensi untuk mencapai sasaran kepada 100 agensi secara keseluruhannya.
“Melalui sasaran ini, syarikat merancang lebih banyak aktiviti bagi meningkatkan pertumbuhan bilangan ejen agensi, termasuk pasaran bergerak bagi melaksanakan pengambilan pekerja yang agresif di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Teruskan Membaca