Sumber: Berita Harian, 2hb Oktober 2008
Industri takaful dan takaful semula terus mempamerkan pertumbuhan yang pantas dan kini semakin mendapat pengiktirafan sebagai satu komponen utama sistem kewangan Islam secara keseluruhannya.
Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, Datuk Dr Adnan Alias, berkata perniagaan takaful semula di Malaysia masih terhad dari segi kapasiti.
Sehubungan itu, industri itu mempunyai peluang besar untuk berkembang lagi.
“Dari segi takaful, pertumbuhannya amat menggalakkan manakala takaful semula sedang mengikuti rapat, walaupun industri itu diperkenalkan lewat,” kata Adnan pada taklimat Persidangan Kewangan Islam Antarabangsa 2008 keenam di Kuala Lumpur, baru-baru.
Teruskan Membaca
Topik: Berita Harian, PruBSN Takaful on Aug 8th, 2008 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 8hb Ogos 2008
Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) melancarkan pusat pemasaran dan pentadbiran pertama di negara ini di Wangsa Maju, Kuala Lumpur bagi meningkatkan perkhidmatan pelanggannya.
Ketua Eksekutifnya, Mohamad Salihuddin Ahmad, berkata pusat berkenaan akan menempatkan jabatan pemasaran, sokongan dan perkhidmatan pelanggan PruBSN untuk manfaat rakan niaga dan pelanggan syarikat itu.
Katanya, dua lagi pusat yang sama akan dibuka menjelang akhir tahun ini, masing-masing di Shah Alam dan Johor Bahru, dengan setiap pusat membabitkan pelaburan antara RM1 juta hingga RM2 juta.
Teruskan Membaca
Sumber: Berita Harian, 30hb Jun 2008
BATU PAHAT: Takaful Ikhlas membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung seorang guru agama, Baharuddin Sodono, 51, yang terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut penyakit yang dihidapinya.
Baharuddin berkata, beliau memerlukan perbelanjaan agak besar menjalani rawatan lanjut selepas pembedahan membuang ketumbuhan pankreas di Hospital Selayang, baru-baru ini.
Beliau yang bertugas di Sekolah Agama Rengit, berkata beliau beruntung mengambil polisi dengan Takaful Ikhlas kerana syarikat itu turut memberi perlindungan bagi penyakit kronik.
“Syukurlah, kerana Tafakul Ikhlas memberi perlindungan sepenuhnya kepada penghidap penyakit kronik dan ini meringankan beban yang terpaksa ditanggung untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui selepas menerima cek di pejabat wakil Takaful Ikhlas, di Taman Maju, di sini.
Teruskan Membaca