Topik: Berita Harian, Takaful am on Jul 1st, 2010 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 1hb Julai 2010
Semua syarikat takaful dan insurans kenderaan bermotor tempatan telah menyepadukan sistem mereka dengan sistem ISM No Claim Discount yang dikendalikan ISM Insurance Services Malaysia Bhd.
Penyepaduan itu menjadikan sistem ISM No Claim Discount sebagai pusat rujukan setempat bagi kadar Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) yang layak bagi seseorang pelanggan insurans kenderaan bermotor.
ISM Insurance Services dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam berkata, ia juga akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan kawalan bagi syarikat insurans dan takaful dalam perniagaan insurans kenderaan bermotor di negara ini yang bernilai RM6 bilion.
Teruskan Membaca
Topik: Berita Harian, Takaful keluarga on Jun 15th, 2010 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 15hb Jun 2010
Cadangan mewajibkan bakal pengantin lelaki Islam mengambil insurans untuk bakal isteri sebelum mereka bernikah empat tahun lalu menjadi satu perkhabaran gembira segenap lapisan wanita. Bakal pengantin perempuan terasa dilindungi dan selamat untuk berumah tangga apabila cadangan itu diusulkan sekitar 2006.
Namun, ketika itu hanya di peringkat cadangan dan kini penantian belum menemui kata putusnya. Usul yang dikemukakan oleh Ketua Hakim Syarie, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman ketika itu, sehingga kini masih menjadi tanda tanya beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita, berikutan cadangan mewujudkan skim perlindungan itu hanya diam begitu saja tanpa sebarang khabar berita.
Teruskan Membaca
Topik: Berita Harian, Takaful Ikhlas on Apr 17th, 2010 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 17hb April 2010
Takaful Ikhlas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd, sedang mengkaji cadangan daripada dua bank di Indonesia yang berminat menjadikannya rakan strategik dalam mengendalikan operasi takaful di republik berkenaan.
Ketua Eksekutifnya Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, pihaknya sudah menyerahkan cadangan itu kepada lembaga pengarah dan jika dipersetujui, rundingan susulan akan dilakukan.
Teruskan Membaca