Topik: Berita Harian, HLTM Takaful, Takaful keluarga on Oct 27th, 2010 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 27hb Oktober 2010
Hong Leong Tokio Marine Takaful Bhd (HLTM Takaful) menyasarkan premium sehingga RM2 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang daripada Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS yang diuruskannya di bawah inisiatif konsortium pengendali takaful Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Ketua Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS itu adalah produk pertama daripada siri produk takaful yang akan diperkenalkan konsortium pengendali takaful CUEPACS. Beliau berkata, konsortium itu merancang melancarkan sekurang-kurangnya lima lagi pelan takaful untuk ahli CUEPACS yang berjumlah 1.2 juta, sebelum akhir tahun ini. “Bagi HLTM Takaful yang menjadi sebahagian konsortium pengendali takaful CUEPACS, kami menyasarkan melancarkan satu lagi produk sebelum akhir tahun,” katanya pada pelancaran Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Presiden CUEPACS, Omar Osman.
Teruskan Membaca
Sumber: Berita Harian, 2hb September 2010
Kerajaan meluluskan pengeluaran lesen takaful keluarga baru kepada empat syarikat usaha sama.
Syarikat berkenaan ialah usaha sama American International Assurance Bhd (70 peratus) dengan Alliance Bank Malaysia Bhd (30 peratus); AMMB Holdings Bhd (70 peratus) dengan Friends Provident Group plc, UK (30 peratus); serta ING Management Holdings (M) Sdn Bhd (60 peratus) dengan Public Bank Bhd (20 peratus) dan Public Islamic Bank Bhd (20 peratus).
Sebuah lagi syarikat usaha sama ialah antara The Great Eastern Life Assurance Company Ltd (70 peratus) dengan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (30 peratus).
Teruskan Membaca
Topik: Berita Harian, Takaful am on Jul 1st, 2010 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 1hb Julai 2010
Semua syarikat takaful dan insurans kenderaan bermotor tempatan telah menyepadukan sistem mereka dengan sistem ISM No Claim Discount yang dikendalikan ISM Insurance Services Malaysia Bhd.
Penyepaduan itu menjadikan sistem ISM No Claim Discount sebagai pusat rujukan setempat bagi kadar Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) yang layak bagi seseorang pelanggan insurans kenderaan bermotor.
ISM Insurance Services dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam berkata, ia juga akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan kawalan bagi syarikat insurans dan takaful dalam perniagaan insurans kenderaan bermotor di negara ini yang bernilai RM6 bilion.
Teruskan Membaca