Artikel sedang dibaca pengunjung
  Doctors have to be insured under new Medical
  HLTM Takaful launches capital protection inve
  Insurers must implement risk-based capital fr
  Takaful Malaysia ‘insured against’ econom

Topik Pilihan
  Takaful am
  Takaful pelaburan
  Takaful Malaysia
  Harian Metro

Topik: Etiqa Takaful

Etiqa Takaful diiktiraf dunia

Sumber: Harian Metro, 18hb Julai 2008

Etiqa Takaful Berhad dipilih sebagai pemenang kategori pemasaran takaful terbaik dalam Anugerah Takaful Antarabangsa 2008 sempena Sidang Takaful Antarabangsa di London, baru-baru ini.

Anugerah yang mempertanding 11 kategori itu disampaikan Ketua Forum Muslim Konservatif, Mohamed Iltaf Sheikh.

Etiqa Takaful diiktiraf kerana pendekatan pemasarannya yang inovatif serta paling menyerlah dalam kategori pemasaran terbaik.

Calon lain dalam kategori sama ialah Salama (Islamic Arab Insurance Co) dari Emiriah Arab Bersatu dan SABB Takaful (Arab Saudi).

Teruskan Membaca

Sumber: Utusan Malaysia, 27hb April 2008

Pengendali takaful, Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) berjaya mengutip zakat perniagaan sebanyak RM1.9 juta sejak Februari 2006 yang digunakan untuk membantu beberapa institusi pengajian dan kebajikan di seluruh negara.

Pengarah Program Tanggungjawab Korporat Etiqa, Dr. Zulkifli Zakaria berkata, penggunaan wang zakat tersebut merupakan sebahagian daripada Program Tanggungjawab Zakat Korporat (CZR) Etiqa.

“CZR merupakan antara cara kami membantu mereka yang memerlukan sumbangan seperti yang dituntut agama sekali gus merapatkan organisasi ini dengan orang ramai,” katanya yang juga Ketua Divisyen Syariah Etiqa ketika berucap merasmikan bangunan tambahan dua tingkat Madrasah Al-Aminiah, Permatang Pauh di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Takaful Berhad, Tarmidzi Ahmad Nordin dan Pengetua Madrasah Al-Aminiah, Azamuddin Alang Hamzah.

Bangunan tambahan dua tingkat bernilai RM250,000 itu merangkumi enam buah bilik darjah termasuk dua buah bilik yang boleh ditukar menjadi dewan bila diperlukan.

Teruskan Membaca

Sumber: Berita Harian, 15 November 2007

Mayban Fortis Holdings Bhd mensasarkan kutipan premium kasar daripada perniagaan insurans dan takafulnya mencecah sejumlah RM7.7 bilion dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009.

Pertumbuhan hampir sekali ganda daripada RM4 bilion dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun lalu itu sejajar matlamat syarikat itu menjadi peneraju dalam industri insurans dan takaful di negara ini.

Sejajar dengan pertumbuhan, cabang insurans dan takaful kumpulan Maybank itu mensasar meningkatkan keuntungannya kepada kira-kira RM500 juta dalam tahun kewangan berkenaan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Aminuddin Md Desa, berkata Mayban Fortis akan memperkenalkan beberapa inisiatif dan produk baru yang menepati kehendak pelanggan sejajar pelancaran nama baru yang akan digunakan bagi semua perniagaan insurans dan takaful syarikat itu, iaitu Etiqa.

Teruskan Membaca

« Kembali - Lagi »

10 Artikel Pilihan

  • Distribution of surplus in takaful scheme all
  • Great Eastern steps up its takaful plans here
  • Prudential BSN Takaful introduces new medical
  • AmIslamic Bank targets RM40m for maiden inves
  • Takaful Ikhlas expects RM6m from medical plan
  • Takaful Malaysia profit falls to RM21.2m
  • PruBSN to invest about RM7 million to establi
  • Takaful Ikhlas disburses RM411,000 to cancer
  • HLTM Takaful launches capital protection inve
  • Takaful Ikhlas eyes RM2mil premiums from big