Topik: Takaful Ikhlas, Takaful am, Utusan Malaysia on Aug 23rd, 2010 Comments Off
Sumber: Utusan Malaysia, 23hb Ogos 2010
Seramai 4,786 petugas Jabatan Pelajaran Johor menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu.
Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin berkata, kesemua mereka terdiri daripada petugas pengurusan, pengendalian dan keselamatan peperiksaan jabatan tersebut.
Katanya, sebaik sahaja skim itu diperkenalkan sambutan yang diberikan petugas berkenaan menggalakkan kerana bayaran hanya dikenakan RM14 setahun berbanding penyertaan individu kira-kira RM50 setahun.
“Kami galakkan mereka menyertai skim ini kerana mereka ini terdedah dengan kerja seperti mengawal selia kertas-kertas soalan peperiksaan.
“Kerja-kerja seumpama ini perlu skim tersebut kerana mereka terdedah dengan pelbagai risiko,” katanya.
Teruskan Membaca
Topik: Berita Harian, Takaful am on Jul 1st, 2010 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 1hb Julai 2010
Semua syarikat takaful dan insurans kenderaan bermotor tempatan telah menyepadukan sistem mereka dengan sistem ISM No Claim Discount yang dikendalikan ISM Insurance Services Malaysia Bhd.
Penyepaduan itu menjadikan sistem ISM No Claim Discount sebagai pusat rujukan setempat bagi kadar Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) yang layak bagi seseorang pelanggan insurans kenderaan bermotor.
ISM Insurance Services dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam berkata, ia juga akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan kawalan bagi syarikat insurans dan takaful dalam perniagaan insurans kenderaan bermotor di negara ini yang bernilai RM6 bilion.
Teruskan Membaca
Topik: Takaful am, The Star on Jun 17th, 2010 Comments Off
Source: The Star, 17th June 2010
Kurnia Asia Bhd has applied for a takaful licence and is awaiting the response from Bank Negara, said director of corporate planning/investor relations Dr James Tee.
Group chief financial officer and director Looi Kok Leong said the company had submitted the application last year.
Teruskan Membaca