Artikel sedang dibaca pengunjung
  Global takaful contributions to hit US$7 bln in 20
  Takaful operators need to ‘up their game’
  EPF deny launching critical illness insurance sche
  New team driving force for Takaful Malaysia

Topik Pilihan
  Bancatakaful
  AIA Takaful
  Takaful Nasional
  Takaful Ikhlas

Topik: Takaful Ikhlas

Sumber: Utusan Malaysia, 7hb April 2011

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) yakin meraih sebanyak RM100 juta melalui pelan takaful berkaitan pelaburan bankatafulnya pada tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi jualan yang kukuh pada tahun lalu.

Beliau tidak menolak pelan itu menerima permintaan kukuh disebabkan kelebihan produk tersebut yang menggabungkan pelaburan dengan perlindungan nyawa.

‘‘Ia bermakna pelaburan ini memberi peluang kepada para pelabur menggunakan sebahagian sumbangannya untuk perlindungan takaful dan bakinya dilaburkan dalam pelan berlandaskan Syariah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Teruskan Membaca

Sumber: Utusan Malaysia, 12hb Januari 2011

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) memenangi Anugerah Jenama Terbaik bagi Perkhidmatan Insurans Kesihatan pada majlis penganugerahan The BrandLaureate SMEs Chapter 2010 selama tiga tahun berturut-turut.

Takaful Ikhlas dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pihaknya juga berjaya mempertahankan Anugerah Jenama Terbaik dalam Perkhidmatan Perlindungan Kewangan selama dua tahun berturut-turut.

Anugerah itu disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir adalah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan.

Teruskan Membaca

Sumber: Utusan Malaysia, 10/01/2011

Industri takaful di negara ini dijangka berkembang sekitar 16 peratus hingga 20 peratus tahun ini berdasarkan prestasi industri itu sejak dua tahun yang lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas), Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, perkembangan perniagaan syarikat insurans dan takaful am saling bergantung dengan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.

”Jumlah gaji yang dijangka meningkat dengan ketara 1.3 peratus oleh 11.8 juta pekerja, sekali gus menambah pendapatan boleh guna yang bakal memberi kesan kepada perkembangan perniagaan hayat, insurans keluarga dan takaful,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, industri takaful kekal kukuh pada tahun 2010, dipacu oleh perniagaan baru takaful keluarga yang mencatatkan pertumbuhan 25.8 peratus manakala sumbangan dari takaful am meningkat sekitar 27.6 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu.

Teruskan Membaca

Lagi »

10 Artikel Pilihan

  • RAM: Increasing demand for takaful in Malaysia
  • Takaful Ikhlas Wins BrandLaureate-SME Chapter Awar
  • HSBC Amanah Takaful targets RM375 million in reven
  • Takaful Ikhlas 11th branch to be opened in Terengg
  • Takaful Ikhlas aims for 20 pct share of Takaful ma
  • PruBSN to invest about RM7 million to establish se
  • Maybank confident of continuing as largest takaful
  • Re-takaful business yet to pick up in Malaysia
  • CIMB-Aviva to go global with takaful
  • Commerce Takaful set to reap RM500 million this ye