Sumber: Utusan Malaysia, 3hb Mac 2011
Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GET) menyasarkan produk terbaharunya, i-Early Payout CriticalCare Rider (i-EPCC) bakal mencerahkan lagi peluangnya menjadi antara tiga pengendali takaful terbesar menjelang hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata: “Skim ini adalah yang pertama diperkenalkan dalam industri takaful di negara ini. Ia menjadi kelebihan yang mampu menarik masyarakat untuk melanggan i-EPCC.”
Beliau berkata, di bawah pelan itu, pembayaran pada kadar tertentu akan dibuat jika pelanggannya dikesan mempunyai penyakit kritikal pada peringkat awal.
Ini membolehkan pelanggan membelanjakan wang tersebut bagi tujuan pencegahan awal dan tidak perlu menunggu sehingga keadaan menjadi semakin kritikal untuk mendapatkan pembayaran, tambah Mohamad Salihuddin pada majlis pelancaran i-EPCC di sini hari ini.
Teruskan Membaca
Topik: Takaful perubatan, The Star on Jan 7th, 2011 Comments Off
Source: The Star, 7th January 2011
Employees covered by the Foreign Workers Hospitalisation and Surgical Insurance Scheme need not pay a deposit or produce a guarantee letter to be admitted to a government hospital.
“These foreign workers only need to produce their passport at the registration counter,” Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said Friday.
This followed the implementation of the Foreign Workers Health Insurance Protection Scheme on Jan 1 which provides for cashless admission, he said in a statement.
The insurance scheme provides coverage of up to RM1,000 with premium payment of RM120 a year.
Teruskan Membaca
Topik: Berita Harian, Takaful perubatan on Nov 28th, 2010 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 28hb November 2010
Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.
Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau. Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.
“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.
Teruskan Membaca