Topik: Berita Harian, Takaful perubatan on Nov 27th, 2010 Comments Off
Sumber: Berita Harian, 27hb November 2010
Syarikat insurans di negara ini membayar lebih RM1 bilion setahun kepada pemegang polisi bagi membiayai kos rawatan perubatan mereka yang meningkat setiap tahun.
Statistik Bank Negara dalam Jadual Petunjuk Utama Insurans menunjukkan jumlah tuntutan insurans hayat dibayar untuk perbelanjaan perubatan mencatat peningkatan sejak empat tahun lalu daripada RM877.6 juta pada 2006 kepada RM1.05 bilion (2007), RM1.27 bilion (2008) dan RM1.45 bilion (2009). Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat.
Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini.
Teruskan Membaca
Topik: Bernama, PruBSN Takaful, Takaful perubatan on Nov 16th, 2009 Comments Off
Source: Bernama, 16th November 2009
Prudential BSN Takaful (PruBSN), on Monday introduced its latest medical plan, the Takaful Health, a “first” for the Takaful industry in Malaysia with its annual No Claim Bonus (NCB).
PruBSN is a joint venture company between Bank Simpanan Nasional (BSN) and Prudential PLC (Prudential).
Its chief operating officer Azim Mithani said Takaful Health provides comprehensive hospital and medical coverage until age 80 as an extension to the Takafulink and Takaful Cerdik, the company’s pioneering investment-linked protection and educational insurance plans respectively.
Teruskan Membaca
Sumber: Utusan Malaysia, 26hb Julai 2009
Seorang jururawat yang menghidap kanser usus terharu apabila menerima tuntutan insurans yang dicarum sejak 2006 sebanyak RM 20,000 daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
Jama’iyah Ismail, 37, yang disahkan mengidap penyakit tersebut Mac lalu gembira apabila tuntutan insuransnya ditunaikan setelah sekian lama menanti.
”Memandangkan saya bekerja di jabatan kerajaan, tiada masalah untuk menanggung kos perubatan namun saya terpaksa memperuntukkan wang untuk membeli makanan tambahan yang agak mahal.
“Jadi peruntukan yang diperoleh ini akan membantu kos perubatan sampingan saya selain boleh digunakan untuk menanggung keluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan wang caruman tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini petang semalam.
Teruskan Membaca