Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful Malaysia posts RM7.7m net loss in 3Q
  Takaful IKHLAS wins Most Innovative Product award
  Etiqa Takaful on track to achieve RM1.4 billion pr
  Matta fair to offer tour cover scheme

Topik Pilihan
  Takaful pelaburan
  Takaful Ikhlas
  Great Eastern Takaful
  AIA Public Takaful

Topik: Usahawan takaful

Usahawan takaful menjalankan perniagaan terbaik

Tiada perniagaan yang lebih baik daripada perniagaan takaful – inilah keyakinan saya sebagai usahawan takaful. Saya percaya bahawa takaful adalah sistem kewangan yang terunggul pernah diilhamkan oleh minda manusia. Tidakkah anda juga percaya? Percaya bahawa takaful adalah program yang paling menguntungkan sehingga bersetuju menyertainya – sebanyak yang mungkin?

Sekiranya anda juga adalah seorang usahawan takaful, anda pasti bersetuju bahawa adalah sukar untuk memasarkan program takaful kepada orang lain melainkan kita sendiri telah menyertainya terlebih dahulu. Persoalannya, adakah anda telah menyertai program takaful yang secukupnya? Adakah program takaful anda lengkap?

Anda mungkin beranggapan ianya telah lengkap. Anda beranggapan bahawa anda telah memiliki perlindungan takaful mengikut kemampuan anda – tetapi anda sebenarnya memerlukan lebih banyak perlindungan takaful. Anda perlu menyertai program takaful melebihi kemampuan semasa anda. Lakukanlah, dan anda akan terpaksa menggandakan aktiviti pemasaran anda untuk menjelaskan bayaran bagi penyertaan yang “tidak mampu” anda miliki. Sekiranya anda sendiri enggan menyertai program takaful melebihi kemampuan anda, bagaimanakah pula anda menanggani bantahan calon pelanggan apabila mereka berkata “Kami tidak mampu…”?

Teruskan Membaca

Sikap masyarakat terhadap takaful keluarga

Kebanyakan masyarakat tahu tentang takaful tetapi mereka tidak benar-benar melihat takaful keluarga sebagai sesuatu yang penting dan boleh dikatakan ianya adalah satu kemestian.

Bagi ramai orang, caruman takaful keluarga adalah satu bentuk perbelanjaan dan bukannya satu simpanan. Sebab itulah takaful keluarga selalunya dikatakan sebagai sesuatu manfaat yang perlu dihebahkan dan bukannya dicari.

Apabila kita mendekati seseorang bakal peserta, kita harus memberikan maklumat yang cukup untuk mereka menghargai bagaimana takaful keluarga begitu penting dan menjadi sebahagian daripada perancangan kewangan mereka. Peranan kita sebagai seorang usahawan takaful ialah menunjukkan pelan alternatif (oleh sebab inilah anda perlu menyediakan lebih daripada satu cadangan untuk bakal peserta) dan nasihat tentang apa yang terbaik untuk mereka. Malah, lebih daripada separuh daripada peseta yang telah disoal selidik menyatakan bahawa mereka memerlukan nasihat kewangan yang baik daripada usahawan takaful mereka. Umumnya, mereka lebih cenderung untuk berurusan dengan usahawan takaful yang profesional.

Persaingan di antara usahawan takaful di Malaysia

Usahawan takaful di Malaysia tidak perlu bersaing sesama sendiri — kita adalah rakan kongsi sebuah perniagaan yang sama. Saingan kita yang sebenar ialah jurujual barangan yang dapat dilihat seperti aksesori kenderaan, majalah hiburan, produk kecantikan atau barangan elektrik. Merekalah yang menghakis wang masyarakat yang sepatutnya digunakan untuk program takaful. Jesteru, dengan memasarkan program takaful melalui hati, kita akan berjaya merebut kembali wang tersebut supaya dapat digunakan untuk menyertai program takaful yang lengkap — supaya dapat memberi lebih manfaat kepada masa depan keluarga, negara dan generasi akan datang.

Kita perlu memasarkan masa depan — bukannya hari ini. Kita perlu memasarkan jaminan, ketenangan fikiran, maruah dan harga diri, kebebasan daripada rasa takut, kebebasan daripada kehendak. Kita perlu memasarkan nasi dan lauk, pendidikan anak-anak, geran rumah, baju raya dan duit raya. Kita perlu memasarkan kasih sayang sebuah keluarga dan kebanggaan memiliki harta. Kita perlu memasarkan harapan, impian dan cita-cita. Setiap keluarga memerlukan takaful. Tugas kita ialah menukarkan keperluan tersebut menjadi kehendak. Kita tidak boleh melakukannya dengan hanya menggunakan fakta dan nombor. Kita tidak boleh melakukannya dengan menggunakan logik – melalui minda. Kita hanya boleh melakukannya dengan menggunakan motivasi — melalui hati.

I don’t do it for money. I’ve got enough, much more than I’ll ever need. I do it to do it. Deals are my art form. Other people paint beautifully on canvas or write wonderful poetry. I like making deals, preferably big deals. That’s how I get my kicks.

Donald J. Trump, The Art of The Deal

10 Artikel Pilihan

  • Slower growth in insurance sector seen
  • EPF money for critical illness insurance
  • Takaful IKHLAS wins Most Innovative Product award
  • Dubai Group to grow retakaful market
  • MATTA and firm offer Islamic insurance scheme for
  • Bright outlook for domestic takaful business
  • CIMB-Aviva to go global with takaful
  • SMIs urged to consider insurance as protection of
  • Maybank launches two-year takaful plan
  • Fraudsters force insurance firms to fold