Topik: Utusan Malaysia on Nov 6th, 2009 Comments Off
Sumber: Utusan Malaysia, 6hb November 2009
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini menerima anugerah Tokoh Takaful 2009 daripada Persatuan Takaful Malaysia (MTA) sebagai menghargai sumbangannya dalam membangunkan industri insurans berlandaskan prinsip syariah.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah pada Majlis Makan Malam MTA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir dan Pengerusi MTA, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.
Teruskan Membaca
Topik: Takaful Ikhlas, Utusan Malaysia on Oct 13th, 2009 Comments Off
Sumber: Utusan Malaysia, 13hb Oktober 2009
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) menyumbangkan wang tunai dan barangan keperluan asas bernilai lebih RM30,000 kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, ia adalah wang tunai RM10,000 dan pelbagai barangan keperluan asas termasuk tuala, selimut, susu, makanan kanak-kanak, biskut dan mi segera bernilai RM20,000.
”Sumbangan yang diperoleh hasil sumbangan ikhlas syarikat dan kakitangannya ini bertujuan meringankan bebanan mangsa bencana berkenaan dan wang tunai RM10,000 itu khas untuk membeli bekalan perubatan untuk mereka.
Teruskan Membaca
Sumber: Utusan Malaysia, 26hb Julai 2009
Seorang jururawat yang menghidap kanser usus terharu apabila menerima tuntutan insurans yang dicarum sejak 2006 sebanyak RM 20,000 daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
Jama’iyah Ismail, 37, yang disahkan mengidap penyakit tersebut Mac lalu gembira apabila tuntutan insuransnya ditunaikan setelah sekian lama menanti.
”Memandangkan saya bekerja di jabatan kerajaan, tiada masalah untuk menanggung kos perubatan namun saya terpaksa memperuntukkan wang untuk membeli makanan tambahan yang agak mahal.
“Jadi peruntukan yang diperoleh ini akan membantu kos perubatan sampingan saya selain boleh digunakan untuk menanggung keluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan wang caruman tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini petang semalam.
Teruskan Membaca