Artikel sedang dibaca pengunjung
  Takaful Ikhlas disburses RM411,000 to cancer
  Takaful Malaysia gets boost from AA Syariah R
  Takaful IKHLAS wins Most Innovative Product a
  Commerce Takaful set to reap RM500 million th

Topik Pilihan
  Sinar Harian
  Takaful perubatan
  The Malaysian Reserve
  Takaful Malaysia

Topik: Utusan Malaysia

Sumber: Utusan Malaysia, 26hb Julai 2009

Seorang jururawat yang menghidap kanser usus terharu apabila menerima tuntutan insurans yang dicarum sejak 2006 sebanyak RM 20,000 daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Jama’iyah Ismail, 37, yang disahkan mengidap penyakit tersebut Mac lalu gembira apabila tuntutan insuransnya ditunaikan setelah sekian lama menanti.

”Memandangkan saya bekerja di jabatan kerajaan, tiada masalah untuk menanggung kos perubatan namun saya terpaksa memperuntukkan wang untuk membeli makanan tambahan yang agak mahal.

“Jadi peruntukan yang diperoleh ini akan membantu kos perubatan sampingan saya selain boleh digunakan untuk menanggung keluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan wang caruman tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini petang semalam.

Teruskan Membaca

Sumber: Utusan Malaysia, 20hb Mei 2009

Persatuan Wakil Jualan Proton Edar (PEDA) meminta kesemua pengedar kereta baru dan terpakai serta ejen insurans memboikot ahli Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan menyokong penggunaan takaful (insurans Islam).

Pemangku Presidennya, Armin Baniaz Pahamin berkata, cadangan yang dikemukakan PIAM dan mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menghancurkan ekosistem industri automotif terutama rangkaian para pengedar kereta.

”Ini kerana komisen premium dan pembaharuan insurans kenderaan menyumbangkan lebih 20 peratus jumlah pendapatan bersih pengedar untuk satu kereta.

”Segmen insurans kenderaan penting bagi ekosistem automotif,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Teruskan Membaca

Sumber: Utusan Malaysia, 16hb Februari 2009

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dipilih sebagai Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik 2008 menerusi undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam (IFN) 2008, baru-baru ini.

Anugerah yang diadakan buat kali keempat pada tahun ini dimenangi oleh Takaful Ikhlas menerusi undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat.

IFN memberi tumpuan terhadap industri dan pasaran kewangan antarabangsa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah itu merupakan kayu pengukur kecemerlangan syarikat sehingga hari ini.

Teruskan Membaca

« Kembali - Lagi »

10 Artikel Pilihan

  • Takaful Ikhlas eyes higher premiums
  • HLTM Takaful expects AUD30 million subscripti
  • New company for third-party bodily injury and
  • 97,000 senior citizens register for takaful c
  • MAA and AMMB to negotiate on MAA takaful stak
  • PruBSN plans to boost position in non-muslim
  • Foreign players encouraged to form takaful ti
  • Lowe & Partners Malaysia wins Mayban Fortis a
  • Takaful Ikhlas wins two Brandlaureate-SMEs Ch
  • Great Eastern steps up its takaful plans here