Topik: Takaful Malaysia, Utusan Malaysia on Nov 19th, 2010 Comments Off
Sumber: Utusan Malaysia, 19hb November 2010
Prihatin dengan mangsa banjir yang di utara tanah air terutama ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, Syarikat Takaful Malaysia Berhad turut menghulurkan bantuan dalam membantu mangsa banjir di Kedah.
Ia sejajar dengan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) yang dikenali melalui jenama Takaful myJalinan Kasih.
Bagi menjayakan tanggungjawab sosial itu, sukarelawan Takaful Malaysia Wilayah Utara telah berkumpul bagi membantu penduduk Kampung Sungai Baru yang terletak di Jitra, Kedah.
Teruskan Membaca
Topik: Takaful Ikhlas, Utusan Malaysia on Nov 6th, 2010 Comments Off
Sumber: Utusan Malaysia, 6hb November 2010
Ibarat sebuah episod cinta yang tidak menjadi, begitulah cadangan pengambilan alih Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. apabila dikatakan tidak restu oleh Permodalan Nasional Berhad.
PNB merupakan syarikat induk Takaful Ikhlas melalui MNRB Holdings Bhd. (MNRB).
Setelah kecewa tiada reaksi seterusnya ditunjukkan oleh Bank Rakyat, Takaful Ikhlas mula berubah hati dan kini beralih untuk menjalinkan ikatan usahasama dengan entiti-entiti asing.
Teruskan Membaca
Topik: Takaful Ikhlas, Utusan Malaysia on Oct 31st, 2010 Comments Off
Sumber: Utusan Malaysia, 31hb Oktober 2010
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. mensasarkan peningkatan kutipan sumbangan perniagaan mencecah RM30.5 juta pada tahun ini di negeri ini dengan pembukaan pejabat wilayah terbarunya di Jalan Sultan Zainal Abidin, dekat sini hari ini.
Pengerusi Takaful Ikhlas, Sharkawi Alis yakin dengan prestasi yang diperlihatkan, peningkatan perolehan melalui perkhidmatan perlindungan kewangan itu dapat dilihat selepas beberapa tahun beroperasi di negeri ini.
Katanya, sejak syarikat itu mula bertapak pada 2007 hingga kini, peningkatan perniagaan di negeri itu amat memberangsangkan dari tahun ke tahun.
Teruskan Membaca