• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Insurers must implement risk-based capital framewo
  Great Eastern steps up its takaful plans here
  Takaful Ikhlas Optimistic To Surpass RM520 Mln In
  EPF deny launching critical illness insurance sche

Topik Pilihan
  MAA Takaful
  HSBC Amanah
  Takaful
  Berita Harian

Dr. Mahathir terima anugerah Tokoh Takaful

Nov 6th, 2009 by 1takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 6hb November 2009

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini menerima anugerah Tokoh Takaful 2009 daripada Persatuan Takaful Malaysia (MTA) sebagai menghargai sumbangannya dalam membangunkan industri insurans berlandaskan prinsip syariah.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah pada Majlis Makan Malam MTA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir dan Pengerusi MTA, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.

Ahmad Husni dalam ucapannya berkata, rakyat negara ini amat terhutang budi kepada Dr. Mahathir kerana ketika menjadi Perdana Menteri telah mengambil langkah bersungguh-sungguh membangunkan industri takaful di Malaysia sehingga ia berkembang pesat.

”Pada Oktober 1982, iaitu hanya selepas setahun menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri keempat, beliau telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengkaji adakah boleh diwujudkan syarikat insurans Islam di negara ini.

”Tun sebenarnya banyak terlibat bagi memastikan industri takaful mendapat sokongan kuat daripada kerajaan dan sokongan ini telah berterusan sehingga sekarang,” ujarnya.

Beliau berkata, ucapan terima kasih kepada Dr. Mahathir sebenarnya adalah tidak mencukupi jika dibandingkan sumbangan besar beliau kepada industri berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, semua pihak seharusnya berbangga kerana takaful Malaysia kini memberi sumbangan sebanyak satu perempat daripada keseluruhan nilai industri itu di seluruh dunia.

”Bagi memperbanyakkan lagi sumbangan ini, syarikat takaful tempatan perlu meningkatkan lagi kemahiran kakitangan mereka bagi membolehkan mereka dapat terus bersaing di peringkat global,” ujarnya.

Topik: Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Prudential BSN Takaful introduces new medical plan
  • Agency fast gaining ground in takaful sales
  • MAA and AMMB to negotiate on MAA takaful stake
  • Bank Negara advice on how to avoid fraud
  • Takaful penetration to grow to 12% by 2012
  • How to get insurance for old cars?
  • Takaful Ikhlas 11th branch to be opened in Terengg
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.