• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Distribution of surplus in takaful scheme all
  Takaful Ikhlas Optimistic To Surpass RM520 Ml
  HLTM Takaful launches capital protection inve
  Takaful Malaysia ‘insured against’ econom

Topik Pilihan
  PruBSN Takaful
  Harta pusaka
  Takaful Ikhlas
  Usahawan takaful

IBFIM anjur Sidang Kemuncak Takaful Antarabangsa

Oct 8th, 2007 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 8 Oktober 2007

Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) akan menganjurkan Sidang Kemuncak Takaful Antarabangsa di London pada 1 dan 2 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Datuk Dr. Adnan Alias berkata, sidang kemuncak itu merupakan sebahagian daripada agenda IBFIM untuk menyalurkan pengetahuan dan mewujudkan kesedaran mengenai kewangan Islam di peringkat antarabangsa bersama-sama dengan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Menurut beliau, acara itu yang memberi pendedahan dan perkembangan terbaru tahap strategi, operasi dan kawal selia akan turut menjadi satu forum bagi pemupukan pengetahuan mengenai takaful dan takaful semula.

Katanya, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Zamani Abdul Ghani akan menyampaikan ucaptama pada sidang itu, selain jemputan dari United Kingdom dan Asia Barat.

Adnan berkata, tema sidang kemuncak itu Perkongsian Global, Meningkatkan Standard dan Mewujudkan Nilai mempamerkan langkah dinamik pertumbuhan takaful.

Beliau berkata, industri takaful global telah mencatatkan pertumbuhan 20 peratus sejak beberapa tahun lalu dan dijangka memberi sumbangan sehingga mencecah AS$7 bilion (RM27.3 bilion) menjelang 2015.

‘‘Perkembangan ini dijangka mewujudkan minat bagi syarikat insurans dan takaful yang besar bagi meraih bahagian masing-masing.

‘‘Berikutan itu perlunya diadakan perkongsian global antara syarikat insurans konvensional dan Islam kerana peranan mereka adalah sama penting dengan perkongsian antara pengamal pelbagai sektor berlainan (perbankan, pasaran modal dan insurans/takaful), pihak berkuasa kawal selia dan perkhidmatan sokongan profesional,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

IBFIM adalah sebuah entiti yang tidak berasaskan keuntungan dan para pemegang sahamnya terdiri daripada bankbank Islam di negara ini.

Topik: IBFIM, Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Takaful Ikhlas records impressive results fiv
  • Takaful Malaysia eyes new niche markets
  • Takaful penetration to grow to 12% by 2012
  • Takaful Malaysia acquires new IT system
  • Call to expedite implementation of National H
  • Re-takaful business yet to pick up in Malaysi
  • Takaful Malaysia signs RM12 milion contract w
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.