• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful 2010

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  Bright outlook for domestic takaful business
  PruBSN plans to boost position in non-muslim
  Global takaful contributions to hit US$7 bln
  ISM to hold inaugural Insurance & Takaful Fra

Topik Pilihan
  MAA Takaful
  Bank Negara Malaysia
  Takaful perubatan
  Harakah Daily

Negara Arab kagumi industri takaful di Malaysia

Jul 4th, 2007 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 3 Julai 2007

Beberapa institusi kewangan di Negara-Negara Kerjasama Teluk melahirkan rasa kagum terhadap kemampuan Malaysia mengembangkan industri takaful dengan begitu pesat dan dalam tempoh yang singkat.

Ketua Takaful Bank Al-Jazeera dari Arab Saudi Dr. Dawood Taylor berkata, takaful di Malaysia kini mencatatkan pertumbuhan sehingga 92 peratus sejak era 90-an, sedangkan di negara lain hanya 34 peratus.

“Ini sesuatu yang amat mengagumkan”, katanya di Persidangan Takaful Antarabangsa 2007 di sini, baru-baru ini.

Dr. Taylor berkata, saiz caruman takaful di Negara-Negara Kerjasama Teluk mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.0 peratus berbanding Malaysia 7.0 peratus. Malaysia telah menerajui industri ini sejak lima tahun lepas.

Menerusi laman webnya, akhbar Al-Bayan memetik beliau sebagai berkata:

“Untuk mencapai pertumbuhan lebih cepat kami akan menyasarkan bidang takaful keluarga seperti yang dilaksanakan di Malaysia”.

Laporan “S&P Comstock” pula menyebut bahawa pasaran insurans takaful di Negara-Negara Kerjasama Teluk berkembang hampir 40 peratus setahun, dan institusi itu optimis industri takaful di rantau ini mampu menjana keuntungan sehingga AS$4 bilion dalam beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Kewangan Islam Ernst & Young Bahrain, Sameer Abdi memberi alasan bahawa takaful masih baru di negara Teluk.

Menurut beliau, terdapat 26 buah pengendali takaful di rantau ini yang kebanyakannya mula beroperasi sejak lima tahun lepas.

“Bilangan ini hanya 10 peratus jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat insurans konvensional yang mencecah 280 syarikat”, katanya.

Namun dalam usaha menyaingi Malaysia, beliau menyeru supaya diwujudkan kesatuan industri takaful di samping usaha memberi kesedaran kepada orang ramai tentang faedah dan kegunaan takaful.

Topik: Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • Etiqa to reshape local assurance landscape
  • Takaful Ikhlas refutes talk of takeover by Et
  • Takaful Ikhlas Optimistic To Surpass RM520 Ml
  • Takaful Malaysia extends aid to flood victims
  • Maybank confident of continuing as largest ta
  • Takaful IKHLAS wins Most Innovative Product a
  • New Takaful Ikhlas branch in Putrajaya
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      • AIA Takaful
      • Bank Negara Malaysia
      • Berita Harian
      • Bernama
      • Business Times
      • CIMB Aviva Takaful
      • Etiqa Takaful
      • Harakah Daily
      • Harian Metro
      • Harta pusaka
      • HLTM Takaful
      • HSBC Amanah
      • IBFIM
      • MAA Takaful
      • Maybank Takaful
      • PruBSN Takaful
      • Sinar Harian
      • Takaful
      • Takaful am
      • Takaful Ikhlas
      • Takaful keluarga
      • Takaful Malaysia
      • Takaful Nasional
      • Takaful pelaburan
      • Takaful perubatan
      • Takaful semula
      • The Edge Daily
      • The Malaysian Reserve
      • The New Straits Times
      • The Star
      • Usahawan takaful
      • Utusan Malaysia



    © 2010 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.