• Blog
  • Contact Us
  • Directory
  • News
  • Sitemap

Buletin Takaful

Berita, Peristiwa dan Isu Semasa

Artikel sedang dibaca pengunjung
  ISM to hold inaugural Insurance & Takaful Fraud Co
  BIMB says talks to sell strategic stake in takaful
  Prudential BSN Takaful launches Takaful Puteri for
  ING-Public Bank JV to show profits by 4th year

Topik Pilihan
  Takaful am
  CIMB Aviva Takaful
  HSBC Amanah
  Takaful Malaysia

Takaful sasar premium RM3 bilion

Jan 26th, 2008 by 1takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 25 Januari 2008

KUALA LUMPUR: Industri takaful tempatan dijangka mengutip premium takaful sebanyak RM3 bilion pada tahun ini berbanding RM2.4 bilion yang dikutip tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia, (MTA) Mohd. Tarmidzi Ahmad Nordin berkata, peningkatan kutipan sebanyak RM600 juta itu disumbang oleh pertumbuhan jualan dalam pinjaman dan perlindungan perumahan, permotoran, pajak gadai, perubatan dan pendidikan.

”Jangkaan ini dibuat berdasarkan peningkatan dari RM1.26 bilion pada 2006 kepada RM2 bilion tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Kempen Kesedaran Kewangan Islam di sini, hari ini.

Beliau berkata, pencapaian yang memberangsangkan itu akan membantu menjadikan negara ini sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.

”Perkara ini didorong oleh beberapa faktor terutamanya selepas pemberian lesen kepada 10 pengendali takaful dua tahun lalu.

”Kita dapati industri pelaburan dan perlindungan takaful kini terus berkembang hasil persaingan positif di antara pengendali,” katanya.

Mohd. Tarmidzi berkata, keyakinan itu disebabkan peningkatan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya pelaburan dan perlindungan serta sokongan daripada persatuan takaful itu sendiri.

”Pasaran pelaburan takaful di negara ini mula berkembang melalui pertambahan pendapatan isi rumah dan pemasaran yang lebih bersistematik oleh pengendali.

”Keupayaan pengendali menyediakan pelan-pelan yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pembeli berjaya meningkatkan jualan,” ujarnya.

Tambah beliau, pasaran pelaburan di negara ini kini berada pada tahap yang sangat memberangsangkan dan lebih baik berbanding negara-negara lain di Asia Barat.

”Rakyat di negara ini harus mencontohi masyarakat Jepun yang boleh dikatakan 100 peratus dilindungi insurans dan mempunyai pelaburan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengendali takaful di negara ini supaya bersama-sama kerajaan meningkat kesedaran umum mengenai kepentingan insurans dan sistem perbankan Islam.

Kempen Kesedaran Kewangan Islam yang berlangsung di perkarangan Masjid Negara itu bermula hari ini hingga Ahad ini adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), MTA, Bank Negara Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam.

Pameran pelbagai produk kewangan, perlindungan dan pelaburan itu bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai perbezaan antara sistem kewangan dan konvensional.

Topik: Utusan Malaysia |

7 Artikel Pilihan

  • BIMB says talks to sell strategic stake in takaful
  • Takaful Ikhlas Wins BrandLaureate-SME Chapter Awar
  • Less industry risk in Malaysia's takaful market
  • Takaful IKHLAS launches Ikhlas Hajj Saving Takaful
  • Making waves in takaful industry
  • Takaful Malaysia to up market share
  • Insurance industry expanding further
    • Ringkasan

      • Peta Laman
      • Ringkasan Artikel
    • Topik

      AIA Takaful (2)
      AmTakaful (2)
      Bancatakaful (2)
      Bank Negara Malaysia (4)
      Berita Harian (22)
      Bernama (46)
      Business Times (10)
      CIMB Aviva Takaful (3)
      Etiqa Takaful (11)
      Great Eastern Takaful (3)
      Harakah Daily (1)
      Harian Metro (2)
      Harta pusaka (2)
      HLTM Takaful (6)
      HSBC Amanah (4)
      IBFIM (1)
      ING Takaful (2)
      MAA Takaful (9)
      Maybank Takaful (2)
      MTA (2)
      PPIM (1)
      PruBSN Takaful (12)
      Sinar Harian (1)
      Takaful (1)
      Takaful am (39)
      Takaful Ikhlas (64)
      Takaful keluarga (59)
      Takaful Malaysia (37)
      Takaful Nasional (2)
      Takaful pelaburan (13)
      Takaful perubatan (27)
      Takaful semula (4)
      The Edge Daily (18)
      The Malaysian Reserve (1)
      The New Straits Times (1)
      The Star (42)
      Usahawan takaful (3)
      Utusan Malaysia (56)

      WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    • AI Wealth Mastery

      • 1Takaful
      • AmTakaful (Unofficial)
      • Bancatakaful
      • Biousahawan
      • Dinar & Dirham
      • Dr Takaful
      • ING Takaful (Unofficial)
      • jomFOREX
      • jomSMS
      • jomSOLAT
      • PruBSN Takaful (Unofficial)
      • RM18.com
      • V2U
      • WikiIeaks



    © 2012 Hakcipta Terpelihara

    Semua kenyataan yang dibuat adalah merupakan pandangan peribadi untuk menyampaikan maksud kepentingan takaful. Ia bukanlah sebahagian daripada illustrasi atau simulasi pelan takaful dan tidak semestinya sama dengan isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh pengendali takaful.